seismik

[GEMPAR] Gambar Bikini Palsu Calon DAP Dyana Sofya Tersebar Di Internet

Seperti biasa, apabila hampir dengan sebuah pilihan raya, macam-macam cerita yang kurang enak disebarkan. Sejauh manakah kebenarannya?

Cover image via imgur.com

Pada 14 Mei 2014, Page "Afiq KLtown" Di FB Menyelar Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Dengan Memuat Naik Gambar Beliau Mengenakan Bikini Berwarna Merah Jambu

Image via imgur.com

Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

malaysiakini.com

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

malaysiakini.com

Dyana Sofya Bagaimanapun Sedikit Pun Tidak Rasa Terjejas Dan Langsung Tidak Memandang Serius Terhadap Penyebaran Gambar Tersebut

Image via twimg.com

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

malaysiakini.com

Beliau juga mampu berseloroh apabila para peminatnya mengajukan soalan tersebut di laman sosial.

malaysiakini.com
Image via imgur.com

"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

malaysiakini.com
Image via imgur.com

Beliau Turut Menerima Ratusan Panggilan Telefon Serta SMS Yang Majoritinya Berbaur Kurang Ajar Dan Kasar

Image via imgur.com

"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

malaysiakini.com

Gambar Bikini Tersebut Didapati Dimuat Naik Di Blog-Blog Netizen Tempatan Sejak 14 Mei 2014

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog theflyingkick.blogspot.com sejak 14 Mei 2014. Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial.

malaysiakini.com

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

malaysiakini.com

Persoalannya, Benarkah Wanita Berbikini Merah Jambu Dalam Gambar Tersebut Ialah Dyana Sofya Seperti Yang Didakwa?

Image via imgur.com

Jawapannya Tidak! Wanita Tersebut Merupakan Seorang Personaliti TV Dan Juga Aktres Dari Filipina, Pauleen Luna.

Image via imgur.com
Image via blogspot.com

Gambar Di Bawah Menunjukkan Perbandingan Wajah Dyana Sofya Dan Pauleen Luna

Image via imgur.com

Dyana Sofya Menjadi Mangsa Fitnah Facebook Dan Blog Selepas Beliau Diumumkan Sebagai Calon DAP Bagi Pilihan Raya Teluk Intan

You may be interested in: