[GEMPAR] Mayat Ahli Perniagaan Ditemui Dicampak Dan Disimen Dalam Tong

Sungguh kejam apabila seorang ahli perniagaan ditembak sehingga mati, kemudian disimen, dicampak ke dalam tong dan ditanam.

Amaran: Kandungan Grafik Dalam Cerita Ini Dikhuatiri Boleh Mengganggu Sesetengah Pihak

Pada 19 Mac Lalu, Mayat Seorang Ahli Perniagaan Ditemui Dalam Sebuah Tong Plastik Yang Telah Disimen Di Tepi Jalan Di Port Dickson

Jentolak digunakan untuk mengangkat tong berisi simen mayat ahli perniagaan

Image via sinarharian.com.my

Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong.

hmetro.com.my

Mayat dijumpai pada petang 19 Mac 2014

Image via suarainsan.net

Mayat mangsa ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira pukul 6 petang.

utusan.com.my

Enam Suspek Ditahan Termasuk Seorang Wanita Warga Thailand Dan Dua Daripada Mereka Mengaku Telah Membunuh Ahli Perniagaan Tersebut

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian.

malaysiaedition.net

Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu.

hmetro.com.my

Mayat mangsa yang disimen

Image via tengoktvonline.blogspot.com

Menurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu. Dua suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelanduk.

utusan.com.my

Pihak Bomba Mengambil Masa 45 Minit Untuk Proses Pemecahan Simen Bagi Mengeluarkan Mayat Berkenaan

Proses pemecahan simen oleh ahli bomba

Image via pingje.org

Image via suarainsan.net

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, tujuh anggota bersama seorang ketua pasukan mengambil masa kira-kira 45 minit mengeluarkan mayat berkenaan.

sinarharian.com.my

Keluarga Mangsa Diminta Hadir Ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Bagi Proses Pengecaman Mayat

Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ)

Image via panoramio.com

Anak sulung mangsa yang enggan dikenali berkata, keluarganya menerima panggilan telefon daripada polis, lewat malam kelmarin, meminta mereka datang ke bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) bagi proses pengecaman mayat.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, katanya, mereka gagal mengecam berikutan mayat sudah reput dan berlumuran simen.

sinarharian.com.my

"Saya tidak boleh cam muka itu sebab tidak dapat dilihat. Seluruh badan dan muka penuh dengan simen,” kata anak sulung mangsa ketika ditemui, semalam (20 Mac).

sinarharian.com.my

Leave a comment