[GEMPAR] Remaja Hilang Dalam Acara Marathon Di Terengganu Dan Masih Tidak Ditemui
Sehingga kini, mangsa, Ahmad Rafikin Azman masih tidak ditemui selepas hilang pada Sabtu, 1 November 2014.
[TERKINI] Apakah Punca Sebenar Kematian Ahmad Rafiqin?
Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.
hmetro.com.myTimbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata, menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.
hmetro.com.my"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya.
hmetro.com.myMenteri Besar Terengganu Meminta Penjelasan Tentang Bagaimana Penganjur Boleh Diberi Kebenaran Untuk Mengadakan Marathon Di Kawasan Terbabit Sedangkan Trek Itu Tidak Pernah Digunakan Sebelum Ini
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.
bernama.com"Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka. Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur," katanya.
bernama.com4 November: Ahmad Rafiqin Ditemui Meninggal Dunia Setelah Empat Hari Hilang
Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman, 16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang, 4 November. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan telahpun meninggal dunia.
paperwaris.comMisi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.
paperwaris.comMelihatkan Keadaan Mangsa Ketika Ditemui, Ahmad Rafiqin Dipercayai Telah Meninggal Dunia Lebih Dari 48 Jam
“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT, saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar yang merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafiqin.
sinarharian.com.myMenurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafiqin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang Isnin.
sinarharian.com.my“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafiqin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya lagi.
sinarharian.com.myJenazah Ahmad Rafiqin Telah Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara Kuala Berang. Berikut Adalah Gambar-Gambar Sekitar Suasana Selepas Mangsa Berjaya Ditemui:
Ini Pula Foto Terakhir Ahmad Rafiqin Ketika Menyertai Acara Marathon Gunung Gajah Terom Pada 1 November Lalu
Salam Takziah Diucapkan Kepada Ahli Keluarga Allahyarham Ahmad Rafiqin Kerana Telah Kehilangan Seorang Ahli Yang Disayangi. Ingatlah, Setiap Sesuatu Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya. Al-Fatihah.
Pujian Harus Diberikan Kepada Pasukan Penyelamat Yang Telah Berusaha Bersungguh-Sungguh Dan Tidak Berputus Asa Dalam Mencari Adik Rafiqin Yang Hilang Sejak Sabtu Lalu. Hanya Tuhan Yang Mampu Membalas Jasa Anda Semua. Terima Kasih.
Pada Hari Sabtu, 1 November 2014, Negara Telah Digemparkan Dengan Berita Kehilangan Seorang Pelajar Tingkatan Empat Di Kuala Berang, Terengganu Selepas Mengambil Bahagian Dalam Satu Acara Marathon
Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan marathon di Sekayu, Kuala Berang pada 1 November 2014.
sinarharian.com.myAhmad Rafiqin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu dikatakan tidak menyelesaikan acara tersebut dan kehilangannya hanya disedari bapanya, Azman Othman, 50, ketika hendak mengambil anaknya itu pada pukul 3 petang.
utusan.com.mySumber Berkata, Pihak Urusetia Memaklumkan Ahmad Rafiqin Hanya Sempat Melepasi 'Checkpoint' Pertama Saja Dan Selepas Itu Tidak Dapat Dikesan
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, Ahmad Rafiqin tidak menyelesaikan acara marathon Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.
sinarharian.com.mySementara itu, urusetia perlumbaan itu, Mohd Rafi Kori berkata Ahmad Rafiqin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 kilometer yang disertainya.
sinarharian.com.myDimaklumkan, Ahmad Rafiqin Berkhemah Di Lokasi Marathon Berkenaan Pada Malam Sebelum Kejadian Dan Ini Bukan Kali Pertama Beliau Menyertai Acara Larian Seperti Ini
Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, Ahmad Rafiqin berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.
hmetro.com.myIbu saudara Ahmad Rafiqin, Azlida Othman berkata, anak saudaranya itu merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga.
utusan.com.my“Ini bukan kali pertama dia menyertai larian seumpama ini. Berita kehilangannya mengejutkan ahli keluarga dan kami amat berharap Ahmad Rafikin dapat segera ditemukan,” kata Azlida.
utusan.com.myOperasi Mencari Ahmad Rafiqin Melibatkan Lebih 100 Orang Anggota Daripada Pasukan Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan, RELA Dan Penduduk Setempat
Hussin Deraman berkata operasi mencari Ahmad Rafiqin ini membabitkan hampir 100 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
utusan.com.my“Pasukan dipecahkan kepada lima kumpulan dan operasi akan diteruskan hingga mangsa ditemukan.”
utusan.com.my"Tetapi sehingga jam 4.30 petang tadi (2 November), pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan," kata Hussin.
hmetro.com.myPasukan Penyelamat Turut Meneruskan Operasi Pencarian Pada Jam 3 Pagi Tadi. Bagaimanapun, Ahmad Rafiqin Masih Tidak Ditemui.