[GEMPAR] Syarikat Singapura Jual Bendera ISIS Kini Berdepan Masalah Besar
Bendera ISIS dilapor dijual pada harga RM43 oleh sebuah syarikat Singapura, Albenyahya Enterprise.
Albenyahya Enterprise, Sebuah Syarikat Di Singapura Kini Berada Di Bawah Perhatian Keselamatan Kerana Didakwa Menjual Bendera Berkaitan Pejuang ISIS Di Timur Tengah
Sebuah syarikat Singapura, Albenyahya Enterprise yang menjual bendera berkaitan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) berada di bawah perhatian keselamatan.
mstar.com.mySelain Bazar, Albenyahya Enterprise Turut Menggunakan Khidmat Laman Sosial Seperti Instagram Dan Facebook Dalam Penjualan Bendera ISIS Tersebut
Albenyahya Enterprise, firma yang berdaftar di Singapura dan juga Malaysia, mengakui memesan kira-kira 20 bendera tersebut pada bulan Julai 2014 untuk dijual di bazar.
mstar.com.mySelebihnya telah ditawarkan melalui laman Facebook dan Instagram syarikat.
mstar.com.myAlbenyahya Enterprise Dituduh Menyokong Perjuangan ISIS. Namun, Pemilik Syarikat, Syed Mohammad Faisal Menafikan Dakwaan Tersebut Dan Telah Membuat Laporan Polis Berhubung Tuduhan Terhadap Syarikatnya Itu.
Setelah banyak laman web mengetengahkan perkara ini, pemilik syarikat, Syed Mohammad Faisal memfailkan laporan polis serta membuat aduan mengenai "tuduhan yang tidak berasas" bahawa firmanya mempunyai hubungan dengan keganasan.
mstar.com.myDia tidak menyedari perbuatan menjual bendera itu akan menjadi masalah besar dengan berkata, "Saya tidak menjangka mendapat reaksi sebegitu. Perkara yang paling penting bagi saya adalah melindungi keluarga saya," katanya.
mstar.com.myThe owner of the company wrote: "Upon legal advice, to protect my name, my family and my business, I have made a police report with regards to this incident."
straitstimes.comSejurus Selepas Berita Tersebar, Albenyahya Enterprise Mengambil Tindakan Memansuhkan Akaun Facebook Mereka Pada Rabu, 3 September 2014. Hasil Carian SAYS Juga Mendapati Akaun Instagram Mereka Kini 'Private'.
Ketika Ditanya Mengenai Insiden Terbabit, Menteri Bagi Hal Ehwal Islam Singapura, Dr Yaacob Ibrahim Menggesa Rakyatnya Untuk Menjauhkan Diri Daripada Simbol-Simbol Yang Boleh Dikaitkan Dengan ISIS
"Soalan yang anda perlu tanya ialah, mengapa anda mahu menyokong sebuah gerakan yang menggalakkan pembunuhan besar-besaran serta membunuh nyawa orang-orang yang tidak berdosa?"
"Ia benar-benar satu tindakan tidak bertanggungjawab daripada mereka dan saya tidak fikir kita harus membiarkan ini sama sekali," kata Dr Yaacob Ibrahim.
Kementerian Dalam Negeri Singapura Pula Berpendapat Situasi Ini Telah Meningkatkan Ancaman Keganasan ISIS Ke Singapura
Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan: "ISIS telah menyenaraikan pejuang asing, termasuk dari rantau kita, untuk berjuang bersama mereka, dan ini telah meningkatkan ancaman keganasan ke Singapura."
"Pihak berkuasa sedang memantau keadaan ini dengan teliti. Singapura juga boleh memainkan peranan dalam mencegah ahli keluarga dan rakan-rakan daripada menjadi radikal dan ekstremis dan tanpa disedari ditarik ke dalam keganasan," kata Kementerian Dalam Negeri Singapura.
Berdasarkan Laman Web Albenyahya Enterprise, Syarikat Itu Menjual Pelbagai Koleksi Muslimah Seperti Tudung Dan Niqab, Serta Koleksi Sunnah Seperti Habbatus Sauda', Kurma Dan Juga Kopi