seismik

[GEMPAR] Video Seks Mirip Ustaz Azhar Idrus Tersebar. Siapa Punya Angkara?

Segala berita yang disebarkan pada zaman teknologi moden masa kini hendaklah disiasat terlebih dahulu tentang kesahihannya.

Cover image via SAYS.com

Oktober 2013: Wajah Sebenar Lelaki Dalam Video Lucah Ustaz Azhar Dibongkar?

Image via gurucyber.net

Portal beritahariann.net Mendakwa Bahawa Lelaki Tersebut Merupakan Seorang Pelakon Filem Perancis Berjudul 'The Prophet'

Image via blogspot.com

Dalam Satu Lagi Posting Di Facebook Oleh Pencinta Abadi Mendedahkan Bentuk Telinga UAI Dengan Lelaki Dalam Video Tersebut Terdapat Sedikit Perbezaan

Image via blogspot.com

Adakah Perkara Ini Benar? Sama-Sama Kita Tunggu Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus.

26 Oktober 2014: Pakar Forensik Siasat Kesahihan Video Lucah Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjadi mangsa penyebaran video lucah.

Image via SAYS.com

Berikutan penyebaran klip video seks seorang lelaki mirip penceramah popular di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus, pihak polis kini membuka siasatan keatas rakaman video tersebut.

mysumber.com

Menurut laporan media, klip video lucah itu telah dihantar ke Jabatan Forensik bagi merungkai kesahihan video yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI).

mysumber.com

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa Berkata, Pakar Forensik Kini Sedang Mengenal Pasti Keaslian Video Berkenaan Selain Menyiasat Sama Ada Ia Menggunakan Teknik Pertindihan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa.

Image via mstar.com.my

“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini."

kosmo.com.my

“Kita menyiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan penyebaran dan memiliki bahan lucah. Jadi kita kena siasat dulu untuk pastikan dari mana punca video itu,” katanya ketika dihubungi.

kosmo.com.my

Sementara Itu, Isteri Pertama Ustaz Azhar Idrus Merintih Kepiluan Melalui Status Di Facebook Sambil Menganggap Ini Merupakan Ujian Yang Sangat Hebat Buat Dirinya Dan Seluruh Ahli Keluarga

Gambar yang dimuat naik oleh isteri pertama UAI di Facebook.

Image via Facebook
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Ustaz Azhar Idrus Pula Terus Berdiam Diri Dan Memilih Untuk Tidak Melaporkan Perkara Ini Kepada Pihak Polis

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

sinarharian.com.my

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” kata sumber.

sinarharian.com.my

Semua Orang Pun Kenal Dengan Ustaz Azhar Idrus, Salah Satu Pendakwah Agama Paling Berpengaruh Dan Paling Popular Di Malaysia

Image via fbcdn.net

Beberapa Hari Lalu, Video Seks Seorang Lelaki Mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI) Sedang Berasmara Dengan Seorang Wanita Telah Tersebar Meluas Di Laman Sosial. Biar Betul?

Video lucah mirip UAI berasmara dengan seorang wanita telah tersebar.

Image via SAYS.com

Apa Kata Orang Ramai? Daripada Pemerhatian SAYS, Majoriti Netizen Tidak Percaya Bahawa Individu Tersebut Adalah UAI. Mereka Menganggap Video Berkenaan Telah Diedit Untuk Dijadikan Bahan Fitnah.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Tetapi Ada Juga Yang Mendakwa Teknik 'Super Impose Editing' Adalah Sangat Mustahil Untuk Diaplikasikan Pada Video Bergerak Serta Akan Menelan Kos Yang Sangat Tinggi

Image via SAYS.com

Sementara Itu, Terdapat Sumber Yang Mengatakan Kes Ini Sebenarnya Berlaku Dua Bulan Lalu Dan Telah Pun Diselesaikan Secara Baik. Namun Begitu, Video Ini Kemudian Tersebar Atas Sebab Lain.

Image via SAYS.com

Lebih Menarik, Segelintir Pihak Menyifatkan Penyebaran Video Lucah Ustaz Azhar Idrus Ini Sebagai Satu Strategi Bagi Menutup Isu Kempen Sentuh Anjing Yang Kini Sedang Hangat Diperdebatkan

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Tapi Yang Paling Hairan Apabila Melihat Orang Ramai Mengaitkan Isu Ini Dengan Politik Serta Menuduh Puak UMNO Sebagai Dalang Disebalik Pembuatan Video Fitnah Tersebut. Boleh Terima?

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Persoalannya, Adakah Benar Lelaki Dalam Video Tersebut Ialah Ustaz Azhar Idrus?

Perbandingan wajah UAI sebenar (kiri) dengan lelaki miripnya dalam video tersebut.

Image via mstar.com.my

Dalam Menjawab Persoalan Itu, Pembantu UAI, Zulkifli Wahab Menegaskan Penyebaran Video Lucah Itu Hanyalah Niat Jahat Pihak Tertentu Untuk Menjatuhkan Golongan Ulama Di Negara Ini

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Ustaz Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini. Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini."

mstar.com.my
Image via rindok.com

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang."

rotikaya.com

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini. Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," jelas Zulkifli.

mstar.com.my

Bagaimana Pula Respon Ustaz Azhar Idrus? Dalam Perkembangan Terbaru, UAI Dikatakan Mengambil Pendekatan Kunci Mulut Serta Enggan Memberi Sebarang Komen Buat Masa Ini.

Mengetahui wartawan sedang memburunya untuk mendapatkan komen berhubung isu sensasi ini, UAI bertindak mengelak diri dengan keluar dari pintu belakang Masjid Taqwa, Kuala Terengganu semalam (23 Oktober 2014).

mynewshub.cc

UAI ketika majlis nikah bersama isteri ketiga pada 26 Mei 2013.

Image via wanista.com

Beliau seterusnya bergegas ke rumah salah seorang penduduk berdekatan yang dikawal rapi oleh penyokongnya dan Unit Amal Pas Kawasan Batu 6. Di sini pihak media tidak dibenarkan masuk dan diarahkan beredar.

mynewshub.cc

Tindakan tersebut membuatkan wartawan yang lama menunggu sehingga selesai solat Isya’ untuk bertemu UAI tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memberitahu bahawa penceramah tersebut ‘melarikan diri’ dan enggan memberi komen.

mynewshub.cc

P/S: Diharap Agar Semua Pihak Tidak Membuat Sebarang Spekulasi Yang Tidak Berasas Terhadap Isu Ini. Laporan Lanjut Akan Menyusul. Terus Setia Bersama Kami Di SAYS!

Baru-Baru Ini Juga, Puteri DAP, Dyana Sofya Dihimpit Kontroversi Atas Penyebaran Gambar Mesranya Bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. BACA SINI:

You may be interested in: