seismik

Giliran Arab Saudi Uji Produk Cadbury Di Makmal. Apa Yang Mereka Temui?

Isu DNA babi yang dijumpai dalam coklat Cadbury di Malaysia baru-baru ini turut mendapat perhatian Arab Saudi untuk menguji kandungan coklat tersebut.

Cover image via rakyatnews.my

Ekoran Isu Kontroversi DNA Babi Ditemui Dalam Dua Produk Coklat Cadbury Di Malaysia, Kini Pihak Arab Saudi Pula Mengambil Langkah Untuk Melakukan Analisis Terhadap Produk Cadbury Di Negara Mereka

Kini giliran Arab Saudi pula mengambil langkah untuk menguji produk Cadbury di makmal.

Image via blogspot.com

Jabatan Pemantauan Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap produk coklat jenama Cadbury di pasaran tempatan susulan kes makanan tersebut dicemari asid deoksiribonukliek (DNA) babi di Malaysia, baru-baru ini.

utusan.com.my

SFDA akan mengambil langkah berjaga-jaga jika keputusan analisis oleh pihak makmal menunjukkan produk berkenaan mengandungi DNA babi.

utusan.com.my

Selepas Indonesia, Arab Saudi Merupakan Negara Kedua Yang Membuat Ujikaji Terhadap Produk Cadbury Selepas Insiden Di Malaysia Itu

Arab Saudi menjadi negara kedua selepas Indonesia menjalankan ujian ke atas produk keluaran syarikat Mondelez International itu apabila pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

utusan.com.my

Ujian itu dijalankan menurut kerajaan Arab Saudi sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan penemuan di Malaysia dan siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada produk Cadbury yang dijual di pasaran Arab Saudi diimport dari Malaysia.

themalaysianinsider.com

Walau Bagaimanapun, Pihak Arab Saudi Masih Belum Menemui Sebarang DNA Babi Dalam Mana-Mana Produk Cadbury Yang Telah Diuji

"Kami belum menerima bukti terdapat kewujudan babi dalam produk yang dijual di Arab Saudi," kata pihak berkuasa Arab Saudi.

Image via s-msn.com

Kemelut penemuan DNA babi Cadbury melarat ke Arab Saudi, bagaimanapun siasatan pemerintah negara Islam konservatif itu tidak menemui sebarang DNA haiwan haram di sisi Islam itu.

informasi.my

"Kami belum menerima bukti terdapat kewujudan babi dalam produk yang dijual di Arab Saudi," kata pihak berkuasa Arab Saudi yang dipetik dalam AFP.

themalaysianinsider.com

Mengikut Laporan, Produk Cadbury Yang Dikilangkan Di Malaysia Tidak Memasuki Pasaran Arab Saudi

"Produk Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari negara-negara seperti Mesir dan United Kingdom."

astroawani.com

"Bagaimanapun, SFDA mengambil langkah tegas sekiranya ujian sampel positif bagi kesan DNA babi," kata Salah Al-Maiman, timbalan pengerusi eksekutif bahagian makanan SFDA seperti dipetik oleh Arab News.

astroawani.com

BACA SINI: Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Isu DNA Babi Dalam Coklat Cadbury

You may be interested in: