Guru Bayar RM10,000 Ganti Rugi Kerana Tampar Pelajar Sehingga Hampir Pekak
Seorang guru bertindak keterlaluan apabila menampar seorang pelajarnya sehingga hampir pekak tahun lepas.
Seorang Guru Yang Menampar Pelajar Sehingga Hampir Pekak Tahun Lalu Memohon Maaf Serta Membayar Ganti Rugi Sebanyak RM10,000
Seorang bapa bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah apabila seorang guru memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 selepas secara tidak sengaja mendatangkan kecederaan kepada anak lelakinya.
buletintempatan.comBapa mangsa, Jailani Jawan, 43, berkata, pihaknya juga berhasrat membatalkan laporan polis dibuat sebelum ini termasuk tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap guru terbabit kerana menganggap ia telah diselesaikan cara baik.
sinarharian.com.my“Jumlah ganti rugi yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk merawat kecederaan pada bahagian gegendang telinga kiri anak saya memandangkan kos perubatan dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM10,000,” katanya.
ammboi.comKes Ini Berlaku Pada Jun 2013 Apabila Pelajar, Mohd Jazman Dituduh Memancitkan Tayar Kereta Seorang Guru Wanita Di Sekolah
Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.
sinarharian.com.my“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat. Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” kata Mohd Jazman sehari selepas guru terbabit.
sinarharian.com.myIbu Bapa Mangsa Hanya Menyedari Perkara Itu Apabila Mangsa Mengadu Sakit Pada Bahagian Telinga Setelah Bangun Tidur
Jailani berkata, dia dan isteri, Norlaila Jusoh, 42, hanya mengetahui kejadian menimpa anak keempat daripada tujuh beradik itu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian telinga apabila bangun tidur.
ammboi.comIsterinya kemudian membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Gong Balai, Merchang sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.
ammboi.comSeteleh diperiksa, doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu mengesahkan terdapat kcederaan pada gegendang telinganya.
blogspot.comBerikutan insiden itu, keluarga Jailani turut membuat laporan polis di Balai Polis Merchang.
ammboi.comKedua-Dua Pihak Bersetuju Untuk Tidak Menimbulkan Lagi Isu Ini Pada Masa Akan Datang Dan Menganggap Kes Ini Telah Selesai
Mengulas lanjut, Jailani berkata, pihaknya juga membuat satu perjanjian dengan guru terbabit untuk tidak lagi mengungkit mengenai perkara itu pada masa akan datang termasuk menerima ganti rugi atas persetujuan kedua belah pihak.
sinarharian.com.my