seismik

Murid Tahun 2 Tunggu Bapa Jemput Sampai Pukul 1 Pagi Di Sekolah. Mana Pergi Bapanya?

Sedang kita bergembira, ada insan lain yang sedang berduka.

Cover image via SAYS

Luluh hati kami apabila membaca kisah ini. Seorang pelajar tahun 2 dikatakan menunggu bapanya sehingga pukul 1 pagi di sekolah untuk menjemputnya pulang ke rumah. Namun, bapanya itu langsung tak muncul.

Cerita ini dikongsi oleh gurunya iaitu Cikgu Zahran di laman Facebook apabila guru itu terpaksa menghantar anak tersebut pulang ke rumah setelah dia tidak dijemput oleh bapanya di sekolah sehingga jam 1 pagi

Gambar Hajar yang tertidur di pondok pengawal ketika menunggu bapanya menjemputnya

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Pertamanya saya mohon maaf.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana mana pihak.Namun kisah ini perlu dijadikan iktibar.Kita boleh tutup mata..tetapi hati kita tidak tega untuk melihat sahaja.Ini kisah masyarakat kita.Natijah daripada nilai masyarakat kita juga.

Pihak sekolah telah melakukan segala yang terdaya.Dengan izin guru besar kami terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa.Tahun lepas 9 kali..tahun ini shj sudah 3 kali.Semalam kemuncak cerita.Jam 1 pagi bapa Hajar belum muncul tiba.Bayangkan anak kecil ini.5-6 kali tidur bangun tapi ayah masih tak sampai.Kasihan Hajar.

facebook.com

Menurut cikgu Zahran, prestasi Hajar sangat merudum malah kanak-kanak tersebut juga dikatakan seorang yang berkeras hati dan tidak peduli pada sesiapa sekalipun

Prestasi di sekolah sangat teruk.Jiwanya keras memberontak.Dia tak hairan pada sesiapa pun.Dia dah biasa.Tapi dia baru 8 tahun.belum kenal dunia ini.Bayangkan 10 thun lagi dimana Hajar akan berada.Apa Hajar akan jadi.

Mujur Pengawal keselamatan kami sangat prihatin.Bukan kerja dia mengasuh budak.Tahniah Rani.Hang adalah hero.Aku rasa gaji hang perlu dinaikkan 10 kali ganda.

facebook.com

Cikgu Zahran cuba menghubungi bapa Hajar berkali-kali, tetapi panggilan tersebut tidak dijawab. Setelah itu, beliau ambil keputusan untuk hubungi polis. Tapi kenapa mesti hubungi polis?

Telefon bapanya berkali kali tak diangkat.Sah...tengah tidur.Aku paling dekat.Common sense.Aku,Ust mi..ust faizal dan cg jasni.Kami tunggu.Kesabaran ada had beb.Kami telefon Polis..telefon Talian Nur.Tengah malam.siapa yang nak datang .
Dah sampai tengah malam.Takkan nak tunggu sampai pagi..kerja beb.Mujur 3 abam Polis yang kacak datang ronda.Muda lagi.aku lupa ambil nama.mereka sudi escort hantar balik.
Bukan boleh suka suka bawa balik rumah.Buat anak angkat.ini budak..sekali bapa dia lipat cerita...masuk dalam dulu kami.Kalau aku bawa naik kereta..tetiba bapak dia datang anak tak ada..sappp dia tuduh aku bawak lari...mendapat aku.

So pukul 1 pagi kami hantar.di escort oleh abam polis yang prihatin.hantar sampai depan rumah.Cerita disitu aku malas nak story..so Hajar pulang dengan selamat...Sampai bila?entah..sebulan dua mungkin back to normal..

facebook.com

Cikgu Zahran kemudian pulang ke rumah. Beliau menatap wajah anaknya, Aeesya yang sebaya Hajar sedang tidur nyenyak dan mula terbayang wajah Hajar sewaktu Hajar di pondok pengawal sekolah. Hatinya sebak lalu air matanya mula menitis.

Aku balik...terus tatap Aeesya yang sebaya Hajar tengah tidur nyenyak.Siap berselimut.Aku buka gambar Hajar tengah duduk atas kerusi depan pondok jaga memandang kegelapan malam.Kolam mata aku bocor beb.Berhambur tak mampu nak tahan..walaupun aku bermisai berjanggut dan bermuka bengis...hati aku macam tisu yang dikoyak koyak.

facebook.com

Hajar yang sedang menunggu bapanya sambil memandang kepekatan malam

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Maafkan aku sebab terpaksa cerita...aku kena cerita..ini kisah di celah celah kehidupan kota. jangan kecam Hajar dengan bapak dia.Kita tak tahu apa yang depa alami dan harungi.Aku cuma mampu berdoa moga Hajar jadi anak yang baik.
Sori beb..kolam bocor lagi..

facebook.com

Cerita itu dikongsi oleh cikgu Zahran 2 hari lepas melalui akaun Facebook miliknya. Hari ini, ada update terbaru mengenai kisah bapa Hajar pula. Macam mana bapanya tergamak tinggalkan Hajar di sekolah sehingga pukul 1 pagi?

#kisahHajar

Sekali lagi aku pohon maaf.Kepada semua.Kerana kisah Hajar.Aku bersyukur kalian adaah netizen yang prihatin.Bertalu talu yang hubungi aku.Ingin membantu Hajar.Padahal kalian tidak pernahpun bersua muka dengan Hajar.Kalian berhati suci.Sebab itu negara kita masih aman dan makmur.Aku gusar jika tiada lagi perasaan itu.

Ada yang simpati..ada yang marah.Aku bukan mahu menjadi wira.Aku cuma cikgu biasa.Aku juga manusia pendosa.Bukan maksum seperti sesetengah orang.

Aku buang title 'cikgu' kerana aku tak mahu melibatkan sesiapa.Aku pergi sebagai insan.Ramai yang tersentak bila kisah Hajar menjadi viral.Aku mana tahu diluar sana ada berjuta insan yang ada hati..ada rasa...

Seperti aku katakan...aku hanya bercerita sebagai seorang bapa.Aku tidak kaitkan sesiapa.Aku mengalir air mata kerana bersyukurnya aku atas anugerah ilahi terhadapku.Kerana diluar sana ramai insan serba kekurangan.Sedangkan aku diberi nikmat tetapi masih lalai.

facebook.com

Motor polis yang menghantar Hajar ke rumah

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Setelah bertekad untuk mengetahui perkara sebenar, cikgu Zahran pergi ke rumah Hajar untuk berjumpa sendiri bapa kanak-kanak itu. Dan apa yang beliau ketahui selepas itu amat memeranjatkannya

Aku nekad ke rumah Hajar.Walaupun diketuk bertalu talu..tapi tidak bersahut..aku pulang hampa..singgah dikedai terserempak Zainol Abidin Jasim. Aku ajak enol.Sekali lagi kami ketuk.Syukur rezeki enol.Bapa Hajar menyahut.
Orangnya ramah.Aku pohon maaf kepadanya kerana bersangka buruk.Padahal aku tidak pernah bersapa.Tidak tahu apa puncanya.Beliau pernah kemalangan dan hilang upaya sebelah tangan.Bekerja sebagai pembantu di Uptown dengan gaji Rm40 sehari.Kerja hingga pukul 6 pagi.Beliau hanya akan tidur selepas hantar Hajar pada 12.45 tgh hari.Dia akui sudah banyak kali tidak sedar untuk ambil Hajar.Kerana terlalu mengantuk.

facebook.com

Ketika guru itu tiba di rumah Hajar, Hajar dikatakan berada di surau. Menurut bapanya, dia terpaksa menyuruh Hajar berdikari setelah mereka ditinggalkan ibu Hajar sejak dia berumur 3 tahun lagi.

Hajar masih di surau.Beliau terpaksa ajar Hajar berdikari.Emak Hajar tinggalkan mereka ketika Hajar 3 tahun.Aku tak mahu tanya banyak.Itu kisah peribadi.Bila lepas sembahyang Hajar selalu berdoa supaya dapat jadi doktor untuk bantu bapanya.Yang aku kagum..bapa Hajar tetap tidak lupa hantar ke sekolah.Cuma masalah untuk pulang sebab Hajar tidak akan tumpang sesiapa.Dia malu untuk menyusahkan orang lain.

Aku minta izin bapa Hajar untuk usahakan van sekolah..Bayaran aku akan usahakan.Syukur bapa Hajar izinkan.Moga Hajar tidak pulang lewat lagi.

facebook.com

Rumah Hajar dan bapanya disebalik kegelapan malam dipinggir ibukota.

Image via Cikgu Zahran/Facebook

Tambah cikgu Zahran lagi, beliau yakin Allah menghantar dirinya untuk membantu anak itu. Terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai usaha yang telah dilakukannya.

Hari ini hari gaji...Ada lebihan dalam akaun aku.Mungkin rezeki Hajar yang diperantarakan melalui aku...kalau kalian mahu bantu Hajar..terpulanglah.Aku tinggalkan sedikit buah tangan.Sekadar termampu.

Andai kerana kisah Hajar aku akan diadili oleh undang undang manusia..aku redha asalkan aku tidak diadili di mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Aku percaya rezeki adalah milik Allah.

Jangan kecam sesiapa Kita bukan sempurna.Maafkan aku.

facebook.com

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita doakan supaya Hajar tumbuh menjadi seorang yang berjaya kelak. Semoga bakal ada hari yang cerah buat dirinya.

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS:

You may be interested in: