seismik

"Haiwan Pun Pandai" - Tindakan Kucing Flush Najis Sendiri Dalam Tandas Curi Tumpuan

Bijak meow.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing adalah haiwan yang sangat jinak dan comel betul tak?

Sebab itu, ramai yang memilih untuk memelihara si comel ini di rumah mereka. Bukan saja untuk bermain tetapi sebagai peneman juga di kala sunyi.

Namun, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seekor kucing bijak untuk flush sendiri najisnya di dalam bilik air telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pandai membuang dalam tandas, siap dengan flush

Menerusi video tersebut, kelihatan dua ekor kucing sedang berada di dalam tandas sambil dirakam oleh seorang individu.

Salah seekornya dilihat membuang air kecil di mangkuk tandas. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kucing itu kemudian dilihat terus memanjat ke atas dan menarik flush itu sendiri.

"Bijak ya. Mesti tuan dia ajar ini terbaik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji si comel itu kerana pandai membersihnya sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 55.2K views, 2,054 retweets dan 2,772 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Pandailah dia, mesti dah biasa ni kan :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: