seismik

Hanez Suraya Dan Kekasih Saman MAS

Gambar tiket penerbangan Hanez Suraya bersama kekasih yang dimuat naik sebelum ini didakwa dilakukan oleh pihak Malaysia Airlines.

Cover image via ohartis.com

[TERKINI] Hanez Suraya Enggan Ulas Kes Saman MAS

Image via imgur.com

Pelakon drama bersiri ‘Suri’, Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, enggan membuka mulut untuk mengulas lanjut mengenai perkembangan kes saman terhadap Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

gua.com.my

“Saya minta maaf kerana saya tidak boleh mengulas mengenai kes yang sedang berlangsung. Saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak memberikan sebarang komen kerana ini melibatkan pihak mahkamah. Saya harap semua pihak tidak mendesak saya,” ujar Hanez membuka bicara.

gua.com.my

Pelbagai Tohmahan Diterima Hanez Apabila Dia Dikatakan Sebagai Seorang Yang Suka Mengambil Tindakan Saman Tanpa Berfikir

“Ada pihak yang kata saya mahu terus-terusan saman. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pihak saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak mereka selepas gambar tiket itu tersebar dan perkara itu berlangsung selama sebulan."

gua.com.my

“Malangnya, saya tidak mendapat kerjasama. Jadi saya teruskan dengan tindakan saman. Justeru itu, kepada mereka yang memberi pendapat negatif begitu, diharap dapat membaca dahulu cerita yang dipaparkan sebelum ini sepenuhnya. Jangan baca tajuk sahaja lalu melemparkan tohmahan kepada saya,” kata Hanez lagi.

gua.com.my

Pada 22 Mei 2014, Hanez Suraya Dan Kekasih Telah Memfailkan Saman Terhadap Malaysia Airlines (MAS) Kerana Memuat Naik Gambar Tiket Penerbangan Mereka Ke Laman Sosial

Gambar tiket penerbangan yang didakwa dimuat naik oleh pihak MAS.

Image via rotikaya.com

Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.

rotikaya.com

Notis tuntutan saman itu difailkan melalui peguamnya, Harjit Sandhu melalui sistem pemfailan elektronik (e-filing).

kosmo.com.my

Belum Sempat Lagi Mereka Menjejakkan Kaki Di Bangkok, Gambar Tiket Penerbangan Mereka Didakwa Telah Dimuat Naik

Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788.

rotikaya.com

Hanez Suraya dan kekasih, Romie Razin.

Image via melvister.com

Sebelum menaiki pesawat berkenaan, mereka mendakwa menyerahkan tiket penerbangan kepada tiga petugas di pintu tersebut.

rotikaya.com

Selepas beberapa jam mendarat di Bangkok, mereka turut mendakwa telah dimaklumkan keratan tiket penerbangan tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook “Kami Sokong Liyana Manan” dan mendapati lebih 1,000 komen negatif berbaur cemuhan serta cacian.

rotikaya.com

Menurut Hanez, Tindakan Itu Telah Mengganggu Kehidupan Peribadi Serta Keselamatannya

Mereka mendakwa tindakan defendan mendedahkan tiket penerbangan tersebut ke laman sosial adalah tidak beretika dan melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

rotikaya.com

Hanez Suraya mendakwa kehidupan peribadinya terganggu.

Image via ohartis.com

MAS Melaporkan Kerugian Terbesar Dalam Sejarah Iaitu Sebanyak RM443 Milion Baru-Baru Ini

Kontroversi Hanez Suraya 'Merampas' Suami Orang Di SAYS:

You may be interested in: