seismik

Hantaran Mahal? Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Berkahwin

Nak kahwin ni bukannya mudah tau.

Cover image via pernahterfikir.blogspot.com

Setiap orang mengimpikan sebuah hubungan cinta yang berakhir dengan perkahwinan. Yelah, orang kata tak elok bercinta lama-lama. Perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan.

Dan apabila ingin melangsungkan perkahwinan, salah satu masalah yang sering terjadi adalah nilai duit hantaran yang terlalu mahal. Senang kata, pihak lelaki tak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak mana yang diminta oleh pihak perempuan.

Kalau anda masih ingat, hujung bulan Mac lalu, satu video telah menjadi sangat viral apabila pergaduhan tercetus antara pihak lelaki dan perempuan sewaktu majlis pernikahan hanya disebabkan wang hantaran yang tidak cukup.

Image via SAYS

Jadi, 9 perkara yang dikongsi oleh Harith Faisal ini mungkin anda perlu pertimbangkan sekiranya mengalami masalah tersebut:

1. Take it or leave it

Take it or leave it. Kadang-kadang pihak perempuan minta duit hantaran melebih-lebih tak beragak. Padahal laki tu bukanlah gaji besar sangat pun. RM3,000 sekadar cukup makan.

facebook.com

2. Simpan 300 sebulan selama 3 tahun

Laki simpan RM300 lebih kurang 10% dari gaji konsisten selama 3 tahun, barulah boleh dapat duit hantaran RM10K. RM300 x 36 = RM10,800. Jenuh juga nak tunggu sampai 3 tahun tu. Terseksa batin.

facebook.com

3. Tabung kecemasan dan rumah

Tabung kecemasan dan rumah kena buat juga ya. Mungkin cadangan bajet bulanan yang saya buat ni boleh bantu bagi idea kat orang yang bergaji RM3,000 untuk susun kewangan.

-----> 10% tabung rumah.
-----> 10% tabung kecemasan.
-----> 10% duit hantaran.
-----> 10% ibu bapa.
-----> 10% kereta.
-----> 10% petrol dan tol.
-----> 10% sewa bilik.
-----> 10% makan minum.
-----> 5% PTPTN.
-----> 5% takaful.
-----> 5% bil-bil.
-----> 5% kena pow dengan makwe.

facebook.com

4. Jiwa kena cekal

Kalau gaji RM3,000 boleh lagilah nak ikut cadangan % kat atas tu dengan senang hati. Adjustlah sendiri kalau tak sesuai. Tapi kalau gaji RM2,000 ke bawah memang susah sikit. Jiwa kena cekal bro.

facebook.com

5. Nasib

Nasiblah kau kalau dapat makwe yang minta hantaran mahal-mahal. Dahlah tak nak buat tabung kahwin sama-sama. Alasan klise, nak tengok sejauh mana laki sanggup berkorban untuk buktikan cinta.

facebook.com

6. Simpanan tak ada

Padahal makwe tu sendiri tau yang pakwe dia tak bersusah payah pun simpan duit. Simpanan tak penah nak ada. Sebab awal-awal lagi dah rancang nak mohon personal loan untuk kahwin.

facebook.com
Image via famouschris.com

7. Bayar hutang

Mudah sangat. Isi borang, sediakan dokumen, bagi kat bank proses. Dalam masa beberapa minggu, dapat dah duitnya. Berkorbanlah korang laki bini sama-sama lepas kahwin bayar balik hutang tu.

facebook.com

8. Bincang elok-elok

Bincang elok-elok. Benda boleh bincang, kan. Sesuaikan nilai hantaran yang kau minta dengan kemampuan bakal laki kau. Jangan selfish sebab nak kahwin gah, kau guna alasan klise zaman batu tu.

facebook.com

9. Cakap awal-awal

Laki janganlah longlai sangat. Keluarkan hujah-hujah bernas. Cerita apa plan masa depan. Lepas ni nak jadi ketua uruskan kewangan keluarga pula. Jadi, cakap awal-awal kat makwe,
"Kalau boleh, saya tak nak buat personal loan. Gaji saya pun bukan banyak sangat. Nak beli rumah untuk kita duduk lagi. Saya tak mampu bagi hantaran mahal. Maafkan saya. You take it or leave it. I don't care."

facebook.com

So amacam bro? Kental ke tak?

Image via GIPHY

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak kahwin? Baca SINI:

You may be interested in: