seismik

Hanya Mahu Anak Berhenti Nangis, Bapa Sembur Racun Serangga, Tampar & Lambung Bayi 2 Bulan

Sampainya hati.

Cover image via Bawag Putih

Kejadian jenayah melibatkan penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak sememangnya masih menjadi-jadi hingga ke hari ini

Image via AF News

Bagai tiada rasa simpati dan belas kasihan, mereka sanggup melakukan tindakan keji ini tanpa memikirkan keadaan mangsa yang terpaksa menghadapi kesakitan di usia yang terlalu kecil.

Meskipun tindakan serta hukuman yang tegas bakal dikenakan jika melakukan jenayah berkenaan, mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan terus mengikut nafsu amarah yang ada.

Terbaharu, seorang bapa sanggup melakukan tindakan keji terhadap anaknya yang masih kecil hanya kerana sebab yang terlalu remeh

Image via Berita Harian

Memetik laporan, dalam satu kejadian yang berlaku di Arau, Perlis baru-baru ini, seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelakinya yang baru berusia 2 bulan 20 hari agar mangsa berhenti menangis.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih kejam, bapa berusia 39 tahun itu juga turut bertindak menampar muka dan melambung bayi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, pihaknya telah menerima laporan daripada doktor yang merawat mangsa di Bahagian Ibu dan Anak Klinik Kesihatan Arau pada jam 11.30 pagi Jumaat lalu.

Katanya, hasil laporan mendapati bayi lelaki itu berada dalam keadaan kurang aktif selain bibirnya menjadi kebiruan.

"Mangsa turut mengalami kecederaan pada belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui pada kepalanya," katanya.

Katanya, hasil soal siasat, ibu kepada mangsa mengaku bahawa suaminya telah bertindak menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan bayi malang berkenaan

Image via Google

Susulan kejadian itu, pihak polis memaklumkan suspek telah ditahan dan direman Jumaat lalu.

"Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Semoga mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang sepatutnya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Berita terkini hanya di sini:

You may be interested in: