seismik

Hanya UTM Tersenarai 100 Terbaik Dunia Manakala UKM Dan UPM Merosot

Situasi ini tampak membimbangkan tatkala negara banyak melaburkan pelbagai sumber bagi memajukan sektor pendidikan.

Cover image via arab-malaysia.com

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Adalah Satu-Satunya Institusi Tempatan Yang Berjaya Memasuki Senarai 100 Universiti Terkemuka Bagi Negara Membangun Untuk 2015. Prestasi Ini Dianggap Mengecewakan Bagi Negara.

Image via mansettv.com

UTM berada di nombor 93 dalam THE 'BRICS dan Emerging Economies Rankings (kedudukan bagi negara ekonomi yang sedang membangun) 2015.

BRICS merujuk kepada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Hakikat hanya sebuah universiti tempatan berjaya tersenarai adalah membimbangkan dan mengecewakan bagi sebuah negara yang mempunyai potensi besar, kata Phil Baty, editor bagi kedudukan Times Higher Education (THE), memandangkan negara membangun yang lain melabur dalam universiti mereka yang naik dalam kedudukan tahunan.

themalaysianinsider.com

Tetapi Yang Lebih Mengecewakan Ialah Kekurangan Keseluruhan Penyertaan Oleh Universiti Tempatan Dalam Kedudukan Global

Phil Baty, editor bagi kedudukan Times Higher Education (THE).

Image via www.thegryphon.co.uk

"Mengecewakan, ini bukan semata-mata mengenai prestasi mereka, tetapi juga kerana kekurangan penglibatan dengan kedudukan universiti secara umum."

"Kami mahu melihat lebih banyak universiti di Malaysia berkongsi data tanda aras prestasi dan menyertai sistem kedudukan kami, yang benar-benar boleh membantu mereka mendapat perhatian global dan membantu mereka secara betul bagi menilai kekuatan dan kelemahan mereka."

"Hanya dengan mengambil bahagian dalam ranking, saya berharap kita akan melihat lebih banyak universiti di Malaysia mencecah senarai 100 teratas pada tahun depan," kata Phil Baty.

kwiknews.my

UKM Dan UPM Pula Tidak Tersenarai Kali Ini Sepertimana Pada Tahun 2014. Persaingan Lebih Sukar Dengan Banyak Universiti Memasuki Senarai 100 Teratas Buat Kali Pertama Menjadi Punca Kedua-Dua Universiti Ini Jatuh Kedudukan.

UKM terkeluar senarai 100 teratas pada kali ini.

Image via kualalumpurpost.net

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tersenarai tahun lepas pada kedudukan 77 dan 95, tidak tersenarai kali ini.

Apabila ditanya mengapa UKM dan UPM tidak termasuk dalam senarai, Baty berkata persaingan lebih sukar kali ini, dengan banyak universiti memasuki senarai 100 teratas buat kali pertama.

"Ini termasuk institusi yang mengemukakan data kepada pangkalan data kami buat kali pertama seperti Institut Sains India, universiti ini layak untuk dimasukkan di bawah metodologi baru dan universiti harapan dari negara yang kian berkembang seperti China dan Rusia," katanya lagi.

themalaysianinsider.com

Tambahan Lagi, Kedudukan Malaysia Turut Mengecewakan Dalam The World University Rankings, Di Mana Tiada Satu Pun Daripada 4 Universiti Malaysia Yang Mengemukakan Data Berjaya Tersenarai Dalam Kedudukan 400 Teratas Bagi 2014-2015

Tetapi apa yang lebih membingungkan adalah hakikat Universiti Malaya dan UKM, dua daripada universiti terbaik tidak mengemukakan sebarang data untuk kedudukan berkenaan.

Kedua-duanya memilih untuk meyertai QS World University Ranking.

Baty sebelum ini melahirkan rasa kecewa berhubung hal ini mengatakan universiti ini menghalang Malaysia daripada mendapat penanda aras standard sebenar pendidikan tinggi berbanding negara lain di dunia dan mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan.

themalaysianinsider.com

Baty Berkata Malaysia Perlu Mencontohi Singapura Yang Merekodkan Pencapaian Hebat Dalam Masa Yang Singkat Seperti Universiti Kebangsaan Singapura Dan Universiti Teknologi Nanyang

Universiti Kebangsaan Singapura menjadi salah sebuah universiti terbaik di dunia pada masa kini.

Image via channelnewsasia.com

Universiti Kebangsaan Singapura menjadi salah sebuah universiti terbaik di dunia dan Universiti Teknologi Nanyang menjadi salah sebuah universiti yang semakin meningkat naik dalam kedudukan dunia, menurut Baty.

"Dengan sokongan kewangan yang kukuh dan sokongan kerajaan yang kuat serta komitmen untuk menarik bakat antarabangsa, Singapura mencapai keputusan cemerlang," katanya.

kwiknews.my

Peking University Dan Tsinghua University Dari China Meneruskan Penguasaan Dengan Kekal Dua Tempat Teratas Untuk Dua Tahun Berturut-Turut Manakala Tiga Universiti Dari Turki Berada Pada Kedudukan 10 Teratas

Dalam kedudukan 2015, Thailand mempunyai tiga institusi dalam 100 teratas, dengan Universiti Teknologi Thonburi Raja Mongkut di tempat ke-49 sementara Universiti Mahidol dan Universiti Chulalongkorn pada kedudukan ke-63 dan 90.

China juga berjaya meningkatkan wakil di kalangan 100 institusi teratas pada tempat ke-27, meningkat daripada 23 pada tahun lepas.

Afrika Selatan mempunyai lima institusi dalam senarai dengan Universiti Cape Town berada pada tempat keempat. Kali ini, 18 negara berjaya memasuki carta 100 teratas dengan pengecualian kepada Mesir, Indonesia, Peru dan Filipina.

kwiknews.my

Walaupun Ranking Dunia Lima Universiti Di Malaysia Meningkat Sebelum Ini, Ia Masih Belum Cukup Bagus. BACA SINI: