seismik

Harga Emas Berpotensi Cecah RM300 Segram Hingga Akhir Tahun Nanti

Baik beli emas sekarang, untung besar. :)

Cover image via The Financial Express

Umum sedia maklum bahawa harga emas dikatakan berpotensi akan terus naik sehingga akhir tahun ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Menurut laporan, Pengurus Besar Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, berkata harga emas pukal atau harga spot emas dijangka mencecah AS$2,000 seaun atau lebih RM300 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Selain itu, permintaan runcit untuk membeli barangan kemas atau emas perhiasan juga meningkat susulan lebihan tunai yang diterima oleh setiap individu daripada moratorium yang diberikan oleh pihak kerajaan pada ketika ini.

Zaruddin berkata, baru-baru ini harga emas pukal berada pada paras lebih RM260 segram dan ia merupakan paras tertinggi pernah dicatatkan sejak tahun 2011

Pengurus Besar Operasi, Mohd Zaruddin Mahmud di Habib Jewels Ampang.

Image via Amirudin Sahib untuk Harian Metro

Dia turut menambah, aliran menaik yang drastik pada tahun ini disebabkan beberapa faktor seperti perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta kelembapan pasaran disebabkan pandemik Covid-19.

"Emas adalah antara sektor yang mencatatkan prestasi kukuh walaupun sektor komoditi lain berhadapan dengan penurunan ketara seperti minyak mentah selain pasaran saham.

"Di Malaysia juga, emas antara sektor kukuh. Harga harga barangan kemas meningkat dengan ketara dan tidak mustahil ia juga akan mencecah RM300 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Malah, permintaan terhadap emas juga meningkat. Melalui tinjauan kami, walaupun isi rumah menghadapi tekanan kewangan akibat Covid-19, tetapi masih terdapat lebihan wang tunai di tangan," katanya.

Selain itu, pemberian moratorium serta bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan memberikan rakyat peluang untuk membeli emas dan sekali gus menjadikannya sebagai medium pelaburan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harga Emas Malaysia

Malah, Zaruddin turut menjelaskan bahawa dalam situasi sukar yang tidak pernah dihadapi ketika ini, pelaburan emas mampu memberikan pulangan serta jaminan berbanding pelaburan konvensional yang lain.

Beliau berkata, walaupun pelaburan emas belum menjadi pilihan utama dikalangan rakyat negara ini, berdasarkan data, emas tidak pernah mencatatkan penurunan yang ketara.

Malah, walaupun emas mencatatkan penurunan, ia akan kembali meningkat dalam tempoh yang singkat, berbanding pelaburan dan pasaran lain.

"Emas adalah pelaburan jangka panjang, medium yang sesuai digunakan untuk pelaburan bagi isi rumah. Pelabur kini juga semakin beralih kepada emas," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: