Harga Petrol Naik 40 Sen, Diesel Naik 70 Sen & Harga RON 95 Budi Kekal Pada RM1.99 Seliter

Kenaikan harga ini diselaraskan untuk tempoh 9 April 2026 hingga 15 April 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & NST

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Meskipun berlaku ketidaktentuan pasaran minyak global, kerajaan tetap mengekalkan harga bersubsidi selepas harga minyak kini naik sekali lagi

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan (MOF), harga minyak mentah global telah melonjak sejak lima minggu lalu susulan krisis tenaga di Asia Barat.

Krisis ini telah meningkatkan kos petroleum serta kos berkaitan termasuk logistik dan insurans.

Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu, ketika pasaran global berada pada paras yang lebih tinggi, mencecah sekitar AS$150 setong bagi produk petrol dan AS$250 setong bagi produk diesel, dan ini terus mempengaruhi harga runcit di dalam

Selaras dengan formula Automatic Pricing Formula (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 9 April hingga 15 April 2026 adalah seperti berikut.

Harga Runcit Tanpa Subsidi

SAYS.com
Image via Image via MOF

Walau bagaimanapun, Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti berikut:

SAYS.com
Image via MOF

Selain itu, Kerajaan turut melaksanakan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan seperti berikut:

SAYS.com
Image via MOF

Kerajaan mengekalkan bantuan tunai tambahan BUDI Diesel sebagai langkah sementara susulan kenaikan harga

Menurut MOF, Kerajaan tetap mengekalkan bantuan tunai tambahan BUDI Diesel sebanyak RM100 pada bulan April, menjadikan jumlah bantuan sebanyak RM300 kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

"Kerajaan MADANI akan terus memantau perkembangan global secara rapi dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil serta mencukupi, di samping terus melindungi rakyat menerusi mekanisme sokongan bersasar yang sedia ada.

"Kerajaan MADANI akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat secara telitı dan berhemah bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara serta kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via MOF

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: