seismik

Hari Jadi YDP Agong Dialih Kepada Sabtu Terakhir Bulan Julai, Bukan Lagi Awal Jun

Dah tiba masa untuk 'update' kalendar masing-masing.

Cover image via BERNAMA

Hari lahir rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah dialihkan supaya ia jatuh pada hari Sabtu terakhir bulan Julai

Image via NST

Sumber dari The Star melaporkan bahawa menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada Rabu, sambutan hari jadi rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V telah dialihkan dari hari Sabtu pertama bulan Jun kepada hari Sabtu terakhir bulan Julai.

Pindaan ini akan berkuat kuasa untuk tempoh lima tahun akan datang di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V dari 2017 sehingga 2021

"Pindaan ini mengambil kira bahawa hari Sabtu pertama bulan Jun pada tahun 2017, 2018 dan 2019 akan jatuh pada bulan Ramadan.

"Dengan pindaan ini, sambutan hari jadi Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V boleh diraikan bersama-sama dengan rakyat jelata berdasarkan acara yang telah dijadualkan," kata kenyataan itu.

Berikutan pindaan tersebut, hari jadi rasmi YDP Agong bagi tahun ini akan disambut pada hari Sabtu, 29 Julai

Image via .latestnews.nz

Sebelum ini, hari jadi rasmi YDP Agong telah dijadualkan pada hari Sabtu pertama bulan Jun iaitu pada 3 Jun 2017.

Namun, 29 Julai 2017 telah dipilih sebagai tarikh baru untuk menyambut hari jadi YDP Agong tahun ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata majikan wajib memberi cuti kepada seluruh pekerja pada hari pertabalan YDP Agong:

You may be interested in: