'Hore Bapakku Pulang' - Caption Terakhir Bani Seventeen Sebelum Maut Dibadai Tsunami
Luluh hati.
Pada malam Sabtu, 22 Disember 2018, wilayah Selat Sunda di Indonesia dikejutkan dengan kehadiran Tsunami yang kuat
Pihak berkuasa menyatakan tsunami mungkin dicetuskan gelombang air pasang surut tidak normal dan tanah runtuh bawah air susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa.
Anak Krakatoa, sebuah gunung berapi kecil yang muncul dari laut pada setengah abad lalu selepas letusan dahsyat Krakatoa pada 1883 adalah salah satu daripada 127 gunung berapi masih aktif di Indonesia.
Laporan terbaru mengatakan angka kematian bencana tsunami ini meningkat kepada 280 orang, selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mangsa ketika operasi mencari menggunakan jentera berat.
Lebih 3,000 penduduk yang tinggal di pesisiran pantai turut meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, apabila amaran ombak besar dikeluarkan hingga esok
Sejak semalam, tersebar satu video yang menunjukkan ombak Tsunami membedil pentas konsert ketika band Seventeen sedang mengadakan persembahan
Video berdurasi 50 saat ini menyaksikan persembahan band Seventeen sebelum tsunami melanda dari arah belakang pentas.
Susulan daripada kejadian itu, pemain bass, pemain gitar utama dan pengurus band Seventeen dilaporkan maut di tempat kejadian
Pemain bass Seventeen, Muhammad Awal Purbani atau Bani dan pemain gitar utama, Herman Sikumbang atau Herman disahkan maut bersama pengurus, Oki Wijaya, manakala dua lagi Andi, termasuk isteri vokalis band itu, Dylan Sahara masih hilang.
Perkara itu dimaklumkan oleh vokalis Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan dalam satu rakaman video di Instagram miliknya.
Allahyarham Bani menerusi beberapa posting di Instagram sebelum ini seakan-akan menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau bakal pergi buat selama-lamanya
Sedih, pilu dan hiba membaca beberapa posting terakhir Allahyarham Bani.
Pada 8 Disember lalu, Bani memuat naik gambar dengan caption yang seakan memberi maksud tersirat tentang pemergian dirinya.
Lebih memilukan, gambar terakhir yang dimuat naik Bani adalah gambarnya bersama satu-satunya anak kesayangan beliau, Nara. Caption yang ditulis juga mempunyai makna yang mendalam.
Allahyarham Bani meinggalkan seorang balu, Cindri Wahyuni dan seorang anak kecil, Inara Ashalina Anindri berusia 2 tahun.
Selain Bani, gitaris Seventeen, Allahyarham Herman turut memuat naik satu video dengan caption yang berbunyi, "Bernyanyilah, sebelum bernyanyi itu dilarang"
Video yang dimuat naik Allahyarham Herman ini turut mengundang sebak. Video ini menyaksikan persembahan Seventeen di Kota Tengerang, Indonesia sebelum melakukan persembahan terakhir di Banten pada Sabtu.
Isteri Herman, Juliana Moechtar menerusi Instagram berkata arwah suaminya itu kebelakangan ini selalu memainkan lagu berjudul 'Kemarin' yang baru diciptanya. Memetik bait-bait lirik lagu berkenaan, ia juga seakan-akan memberi makna bahawa beliau akan pergi meninggalkan dunia.
Juliana turut menceritakan detik terakhir bersama Herman di mana suaminya itu dikatakan memeluknya begitu lama dan masih mengajaknya untuk pergi ke acara tersebut pada saat-saat akhir.
"Teringat saat dia pamit (mengucap selamat tinggal), dia memeluk saya lama, dia mencium saya penuh cinta, dan pada saat terakhir pun dia masih mengajak saya untuk ikut ke acara itu. Tapi Allah masih punya cerita lain di sini," tulisnya.
Penyanyi Seventeen, Ifan yang terselamat daripada nahas tsunami itu mengharapkan kepulangan isteri tercinta secepat mungkin
Semalam, 23 Disember 2018 merupakan hari jadi isterinya. Sehingga kini, isterinya masih belum ditemui. :'(
Kami di Seismik amat berduka cita di atas musibah tsunami yang melanda di Anyer, Banten, Lampung, Selat Sunda dan sekitarnya. #PrayForBanten