seismik

Hotel 'UFO' Dan 7 Hotel Unik Di Malaysia Ini Akan Buatkan Anda Mohon Cuti Segera

Alamilah percutian yang luar biasa dan adventurous di dalam negara tercinta.

Cover image via miricitysharing.com

1. Tubotel, Langkawi

Tubotel adalah sebuah penginapan yang diperbuat dari batang pembentung simen dan mempunyai 17 buah bilik. Ia mempunyai dua jenis pemandangan yang berbeza iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman. Selain itu juga, mereka menyediakan 2 bilik bersaiz standard bagi mereka yang lebih selesa untuk menginap di bilik biasa. Terletak berhampiran dengan lapangan terbang, ia memang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan di pulau helang itu.

Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon: 014-2407022
Harga: RM138 semalam

2. Capsule Hotel, KLIA 2

Bagi yang ingin mengejar penerbangan atau sekadar mahu refresh diri sebelum menerukan perjalanan, Capsule di KLIA 2 mungkin boleh jadi piliha. Terletak di Level 1 KLIA 2, pelanggan boleh memilih samada hendak menggunakan kapsul ini 3, 6 atau 12 jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Terdapat kemudahan bilik mandi bagi mereka yang mahu kembali segar.

Alamat: Lot L1-2 & 3, Gateway, Terminal KLIA2, KL International Airport, Jalan KLIA 2/1, 64000 KLIA, Sepang, Selangor.
Telefon: 03-76102020
Harga: RM50 untuk tiga jam

Image via agoda.net
Image via hype.my
Image via klia2.me

3. Masbro Village, Melaka

Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan. Bahagian luar Masbro Village yang berwarna-warni, senibina rumah inap yang unik dan landskap yang kemas ini membuatkan pelanggan terasa seperti berada di luar negara.

Alamat: Paya Rumput, Melaka
Telefon: 013-3136872
Harga: RM250 semalam

Image via says.com
Image via says.com
Image via says.com
Image via says.com
Image via says.com

4. Container Hotel, Kuala Lumpur

Container Hotel adalah sebuah hotel yang dibuat daripada kontena dan direka semula dalam bentuk yang moden dan berwarna-warni. Terdapat tiga jenis bilik di Container Hotel, iaitu bilik Outgoing iaitu berkonsepkan asrama, Adventure iaitu bilik dalam tube dan Conservative iaitu bilik biasa; masing-masing dengan harga yang berlainan.

Alamat: No 1, Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur,
Telefon: 03-21104388
Harga: Dari RM110 semalam

Image via tripadvisor.com
Image via tripadvisor.com

5. Time Capsule Retreat, Pahang

Time Capsule Retreat adalah sebuah hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka. Time Capsule Retreat, mereka mempunyai lapan paip pembetung konkrit yang dipanggil bilik kapsul dan setiap bilik kapsul disediakan katil bersaiz Queen, lampu , soket, penghawa dingin dan pemandangan yang amat indah. Ia sesuai bagi pencinta alam sekitar dan mereka yang ingin menenangkan fikiran.

Alamat: EB4 Belakang Sek Men Sg. Lembing, Pahang.
Telefon: 013-9638888
Harga: Dari RM119 semalam

Image via gigacircle.com
Image via gigacircle.com
Image via blogspot.com

6. Tanah Aina Eco Tourism Resort

Tanah Aina a adalah sebuah Eco-Resort di dalam hutan Pahang dan hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Terletak sejam dari bandaraya Kuala Lumpur, resort mesra alam ini mempunya tiga jenis penginapan iaitu kawasan perkhemahan, asrama dan chalet.

Alamat: KM54.3 Lebuhraya Karak, Lentang, Karak, Pahang
Telefon: 016-6090493
Harga: Dari RM235 seorang (khemah)

7. Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur

Image via expedia.com
Image via bookcdn.com
Image via bookcdn.com

Hotel yang unik ini terletak di belakang Berjaya Times Square, salah sebuah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan kemudahan tempat tidur berbentuk kotak yang dilengkapi dengan cermin, plug dan meja kecil. Bahagian menunggu disediakan dengan Wifi percuma. Hotel UFO ini juga terletak berhampiran dengan Jalan Bukit Bintang, kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong serata dunia. Hotel ini biasanya menjadi pilihan bagi pelancong yang ingin menghabiskan masa membeli-belah di kawasan Bukit Bintang yang juga terkenal sebagai syurga shopping.

Alamat: 30, Jalan 1, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-21480661
Harga: Dari RM119 semalam

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Masbro Village, kami ada ceritanya:

You may be interested in: