seismik

Huawei Lancar P20 Pro Yang Hadir Dengan 3 Kamera, 40-Megapixel Dan Pengimejan 'Next Level'

"Pro is the way to go."

Cover image via PC Mag

Kalau anda rasa anda salah baca, anda sebenarnya bukan. Huawei P20 Pro memang hadir dengan 3 kamera di belakang dan 40-megapixel!

Image via Pocket-lint

Huawei secara rasminya telah melancarkan peranti P-Series terbaru mereka di Paris semalam iaitu P20 dan P20 Pro.

Walaupun mempunyai rekaan yang lebih kurang sama, perbezaan paling jelas di antara dua peranti ini ialah P20 hadir dengan 2 kamera, manakala P20 Pro hadir dengan 3 kamera, dan salah satunya menempatkan lensa 40-megapixel.

Ya, 40-megapixel!

Image via Digital Trends

Huawei menjanjikan peranti terbaru ini akan memberi kualiti foto terbaik pernah dihasilkan oleh smartphone.

Dan janji itu nampaknya sudah terbukti dengan bacaan skor terkini yang dikeluarkan oleh DxOMark.

Skor 109 untuk P20 Pro dan 102 untuk P20.

Image via DxOMark

Sejak beberapa tahun lalu, DxOMark merupakan salah satu sumber paling diiktiraf yang memfokuskan kepada penanda aras dan kualiti imej untuk telefon pintar dan kamera.

Buat pertama kalinya, P20 dan P20 Pro berjaya memecah siling skor 100 yang sebelum ini tidak pernah dicapai oleh mana-mana peranti mudah alih. Satu rekod baru yang menakjubkan buat telefon pintar.

Image via Giz Guide

Menurut DxOMark, P20 Pro adalah peranti "game changer" dalam arena fotografi:

"Setiap generasi kamera telefon pintar baru biasanya akan lebih baik daripada sebelumnya, tetapi melihat pada imej dan hasil ujian daripada P20 Pro, nampaknya Huawei telah melangkau satu atau dua generasi ke hadapan. Hasilnya sememangnya menakjubkan. Fungsi tri-kamera pada P20 Pro adalah inovasi terbesar yang pernah kami lihat dalam pengimejan telefon pintar dan merupakan 'game changer' sebenar.

"Huawei mengalahkan saingan dalam hampir setiap kategori, dengan merangkul tempat pertama dalam kedua-dua ujian foto dan video. P20 Pro sangat baik dalam cahaya rendah, ketika zoom, dan untuk simulasi bokeh, sekali gus menjadikannya sistem kamera terbaik yang pernah dimuatkan ke dalam telefon pintar," kata DxOMark.

Image via Alphr

Malah, dua kamera pada model P20 juga mampu mengalahkan saingan yang lain.

Tri-kamera pada Huawei P20 Pro terdiri daripada kamera 8-MP telephoto, 40-MP RGB, dan 20-MP monochrome

Image via electrony.net

Gabungan tiga lensa ini menawarkan sokongan optical zoom sehingga tiga kali dan hybrid zoom sehingga lima kali. Lebih menarik, kedua-dua peranti ini hadir dengan sistem AIS (Artificial Intelligence Stabilization) yang pertama seumpanya dalam telefon pintar. Huawei menyatakan bahawa sistem penstabilan ini adalah lebih baik daripada OIS (Optical Image Stabilization) dan EIS (Electronic Image Stabilization).

Image via Pocket-lint

Huawei P20 Pro turut dilengkapkan dengan rating kalis air IP67 dan pengimejan cahaya rendah yang mantap dengan sokongan ISO sehingga 102,400, paling tinggi dalam telefon pintar. Tak cukup dengan itu, video gerak perlahan pada 960fps melengkapkan lagi sistem kamera canggih pada kedua-dua peranti ini.

Teknologi AI dalam kamera ini juga mampu mengenail 19 scenes yang berlainan dan akan memberi hasil yang optimum secara automatik pada setiap scene yang dikesan. Maksudnya, gambar yang dihasilkan akan sentiasa cantik dan berkualiti tinggi.

Penggemar selfie pula pasti akan jatuh cinta dengan kualiti yang dihasilkan oleh kamera hadapan 24-megapixel pada P20 dan P20 Pro.

Spesifikasi lain:

Image via Digital Trends

Huawei P20 Pro
- skrin 6.1-inci OLED Huawei FullView Display dengan nisbah paparan 18.7:9,
- cip pemprosesan Kirin 970
- memori 6GB RAM
- ruang storan 128GB (non-expandable)
- bateri berkapasiti 4,000mAh
- Huawei SuperCharge
- tiada headphone jack
tri-kamera Leica (8-MP telephoto, 40-MP RGB, dan 20-MP monochrome)
- rating kalis air IP67

Image via geekculture.co

Huawei P20
- skrin 5.8-inci RGBW LCD Huawei FullView Display dengan nisbah paparan 18.7:9,
- cip pemprosesan Kirin 970
- memori 4GB RAM
- ruang storan 128GB (non-expandable)
- bateri berkapasiti 3,400mAh
- Huawei SuperCharge
- tiada headphone jack
-
dwi-kamera Leica (20-MP telephoto dan 12-MP RGB)

Amacam, rasa nak beli tak?

Image via kym-cdn.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tak mampu, masih ada option lain yang lebih murah:

Kalau rasa tak nak membazir, jom kita menabung!

You may be interested in: