Ibu Bapa Tekup Mulut Anak Sehingga Mati Kerana Tidak Berhenti Menangis
Patutkah kanak-kanak yang belum mengenal dunia diperlakukan sebegini?
Akibat Tidak Berhenti Menangis, Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia Dua Tahun Dipercayai Mati Dibunuh Ibu Bapanya Di Bukit Katil, Melaka
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditanam ibu bapanya di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil dipercayai dibunuh selepas suspek disyaki tidak tahan mendengar mangsa kerap menangis.
sinarharian.com.myMenurut Pihak Polis, Kekasih Ibu Mangsa Bertindak Menekup Mulut Kanak-Kanak Itu Menggunakan Tangan Sehingga Lemas Dan Kemudian Menanam Mayat Mangsa Di Belakang Rumah Yang Disewa Mereka
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga kekasih ibu mangsa mengaku bertindak sedemikian dengan menekup mulut kanak-kanak itu menggunakan tangan.
malaysiandigest.com“Hasil siasatan awal, suspek lelaki mengaku menekup mulut mangsa dengan tangan sehingga lemas selepas tidak tahan mendengar kanak-kanak itu menangis. Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada perbuatan itu disengajakan atau sebaliknya."
sinarharian.com.my“Kita juga mengesyaki suspek mungkin panik dengan keadaan mangsa selepas itu sebelum bertindak menanam mayatnya di belakang rumah yang disewa bersama suspek wanita berusia 24 tahun, awal tahun ini,” katanya.
malaysiandigest.comDifahamkan, Perbuatan Kejam Ini Telah Dirahsiakan Selama Enam Bulan. Bagaimanapun, Rahsia Mereka Terbongkar Selepas Pihak Berkuasa Berjaya Menemui Mayat Kanak-Kanak Itu Pada 1 September 2014.
Rangka mangsa yang dibalut dengan kain batik itu ditemui di dalam lubang sedalam 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan.
malaysiandigest.comPerbuatan kejam yang berjaya dirahsiakan selama enam bulan itu terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira 2 pagi di Sungai Mati, Muar, Johor pada 1 September 2014.
sinarharian.com.myKes Disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Kerana Membunuh. Pihak Polis Bagaimanapun Masih Menyiasat Sama Ada Suspek Melakukan Perbuatan Tersebut Ketika Berada Di Bawah Pengaruh Dadah Atau Sebaliknya.
Razali berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada suspek melakukan perbuatan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.
sinarharian.com.my“Kita mencari dan menyoal siasat saksi selain mengenal pasti pemilik rumah teres berkenaan yang menyewakannya kepada pasangan itu bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pendakwaan kes akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.
malaysiandigest.comRangka Mayat Mangsa Akan Dihantar Ke Jabatan Kimia Di Johor Bahru. Ia Juga Mungkin Dihantar Ke Jabatan Kimia Di Petaling Jaya Untuk Ujian DNA.
Beliau berkata, polis akan menghantar rangka tulang yang ditemui ke Jabatan Kimia di Johor Bahru untuk saringan dan analisis lanjut.
sinarharian.com.myMenurutnya jika ada keperluan, ia turut dihantar ke jabatan sama di Petaling Jaya, Selangor untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
malaysiandigest.com