Ibu Indonesia Lahirkan 'Cicak Tokek' Ketika Bersalin
Bagaimana seorang ibu boleh melahirkan seekor cicak?
Pada 31 Mei 2014, Seorang Wanita Di Indonesia, Nelci Mengejutkan Ramai Orang Ramai Apabila Kandungan Yang Disangka Seorang Bayi Rupanya Seekor Cicak Tokek
Seorang wanita dari Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur dilaporkan mencetus kegemparan apabila melahirkan cicak tokek (gecko), lapor media pada 31 Mei 2014.
hmetro.com.myNelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi di rumahnya di daerah Kupang. Cicak tokek itu merupakan 'anak ketiga' pasangan Nelci dan Wempi Loasana.
hmetro.com.myAkibat Klinik Jauh Dari Rumah, Nelci Terpaksa Bersalin Di Rumah Dengan Dibantu Oleh Seorang Bidan Dari Sebuah Pusat Kesihatan
Sumber memberitahu, proses bersalin Nelci dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono, Josephine Lydia Hellen Wadu. Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
mstar.com.my“Untuk ke klinik, Nelci perlu melalui perjalanan selama empat jam,” katanya yang memberitahu kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.
mstar.com.myMenurut Sumber, Nelci Mengalami Kesakitan Pada Pukul 5.30 Pagi Dikhuatiri Sakit Kerana Mahu Bersalin. Apa Yang Keluar Daripada Rahim Nelci Kemudiannya Sangatlah Aneh.
Josephine berkata kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.
hmetro.com.my“Kami terkejut kerana tiba-tiba yang keluar bukannya bayi tetapi cicak tokek,” kata Josephine.
mstar.com.myPenduduk Yang Terkejut Dengan Kejadian Itu Bagaimanapun Tidak Pasti Mengapa Keadaan Sebegitu Berlaku Serta Memilih Untuk Tidak Bertanya Kepada Nelci
Mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
hmetro.com.my“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun dari apa yang dikatakan penduduk setempat mungkin wanita itu pernah bertapa beberapa lama,” katanya.
mstar.com.my