Ibu Ini Terpaksa Menyusu Anaknya Atas Lantai ERL. Kenapa Sampai Macam Ini?
Dimana sikap toleransi rakyat Malaysia? Barangkali orang ramai hanya tahu menuding jari kepada kesalahan orang lain. Hakikatnya, masih ramai yang tidak sedar dengan sikap pentingkan diri sendiri yang ada dalam diri masing-masing.
Menerusi Satu Artikel Disiarkan Harian Metro, Seorang Ibu, Wan Noor Shila Yang Membawa Anak Berusia Setahun Terpaksa Menyusu Atas Lantai ERL Kerana Tidak Diendah Oleh Orang Sekeliling
“Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.
hmetro.com.myPada Mulanya, Noor Shila Berdiri Sambil Mendukung Anaknya Namun Tidak Larat Selepas Itu, Lalu Terpaksa Duduk Di Lantai Kerana Tidak Diberi Tempat Duduk
Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.
hmetro.com.my“Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak. Berikutan tidak larat mendukung anak, saya letakkannya dan dia yang baru belajar berjalan, bermain di sekitar tempat saya berdiri."
blogspot.com“Setibanya di stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak,” katanya sedih.
hmetro.com.myMenurutnya, Kebanyakan Yang Duduk Di Kerusi Ketika Itu Adalah Golongan Muda. Ia Amat Menyedihkan Kerana Mereka Sedikit Pun Tidak Berasa Simpati Terhadap Nasibnya.
Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan yang duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikitpun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahannya yang mempunyai anak kecil.
blogspot.comMenurutnya, sebelum itu ada seorang warga emas berusia 50-an simpati dengannya malah menawarkan tempat duduknya, namun dia menolak kerana wanita itu sangat memerlukannya.
hmetro.com.my"Saya menolak kerana wanita itu juga tidak larat berikutan usia sudah lanjut dan tak mampu berdiri lama," katanya.
blogspot.comMenurutnya Lagi, Kejadian Ini Bukanlah Kali Pertama Berlaku Malah Sebelum Ini, Dia Turut Mengalami Nasib Yang Sama Ketika Mengandung Lapan Bulan
Ibu kepada tiga anak itu berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku malah ketika mengandung lapan bulan, dia mengalami nasib sama apabila tiada seorang penumpang bersimpati dengan memberinya tempat duduk.
hmetro.com.my"Ketika itu saya menaiki KTM Komuter juga dari KL Sentral hingga ke Nilai dan sepanjang perjalanan saya duduk di lantai kira-kira sejam setengah. Memang sedih kerana tiada seorang pun simpati melihat saya yang sarat mengandung duduk di lantai," luah Wan Noor Shila.
hmetro.com.my