seismik

[GEMPAR] Anak Perempuan 11 Tahun Didera Menggunakan Cili Oleh Ibu Tirinya

Seorang ibu tiri di Tasik Kesuma, Beranang sanggup melakukan perbuatan kejam ke atas anak tiri perempuannya pada pagi Sabtu lalu, 4 Januari 2014.

Cover image via

Seorang Ibu Tiri Sanggup Mendera Anak Perempuannya Dengan Menggunakan Cili Di Kajang, 4 Jan 2014

Image via blogspot.com

Dalam kejadian jam 10 pagi, ibu tiri itu memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa.

hmetro.com.my

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

malaysianreview.com

Perbuatan Kejam Ibu Tiri Itu Turut Disaksikan Dua Beradik Serta Nenek Mangsa Yang Sudah Uzur

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuata kejam itu disaksikan adik beradik serta nenek mereka yang sudah uzur.

yahoo.com

Namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.

yahoo.com

Difahamkan ketika kejadian itu juga bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

busuk.org

Ibu Saudara Mangsa Yang Tinggal Berdekatan Rumah Mangsa Membuat Laporan Polis

Image via blogspot.com

Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad menceritakan kejadian yang dialami kepada ibu saudaranya.

busuk.org

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

malaysianreview.com

Hasil Pemeriksaan Mendapati Ibu Tiri Mangsa Pernah Mendera Mangsa Sejak Setahun Lalu

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sebelum ini dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

busuk.org

Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa.

malaysianreview.com

Mangsa Yang Dalam Keadaan Trauma Kini Dirawat Di Hospital Kajang

Image via blogspot.com

Mangsa kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

hmetro.com.my

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

malaysianreview.com

You may be interested in: