seismik

#IllRideWithYou Bukan Sekadar Trend. Inilah Wanita Yang Memulakannya

Dalam mengharungi kesedihan dan keperitan, rakyat Australia sama-sama bangkit menentang keganasan. Dan apa yang dilakukan oleh mereka memang patut dijadikan contoh.

Cover image via djackmanson.bandcamp.com

Krisis tebusan di Sydney, Australia mungkin sudah berakhir tetapi suasana menyelubungi penduduk di situ masih lagi keruh dan belum berkesudahan

Image via news.com.au

Disebabkan lelaki bersenjata dalam kes tersebut, Sheikh Man Haron Monis merupakan seorang Muslim, ramai bertindak untuk menjelmakan keburukan dengan memberi cemuhan dan caci-maki terhadap agama Islam

Lelaki bersenjata dalam insiden tebusan di Sydney terbabit dikenali dengan nama Sheikh Man Haron Monis.

Image via bbcimg.co.uk

"Islam adalah sebuah agama keganasan. Kitab suci Al-Quran banyak mengajar umatnya untuk bertindak ganas. Islam harus dihapuskan dengan segera. Jika tidak, dunia akan dihancurkan dengan ideologi keganasan mereka yang sering kali terpampang di dada-dada akhbar sedunia. Tiada Islam di dunia bermakna amanlah hidup masyarakat sedunia tanpa ada peperangan dan sengketa."

Barangkali, itulah luahan orang bukan Islam atau golongan anti-Islam yang boleh kita terjemah. Masing-masing mahukan agama Islam untuk tidak bermaharaja lela dan menguasai dunia. Mereka juga merasakan adalah lebih baik jika umat Islam terus lenyap dari muka bumi ini.

Namun begitu, sejurus selepas insiden terbabit berakhir, hashtag #illridewithyou didapati trending di laman sosial

Image via inquisitr.com

Apakah maksud disebalik #illridewithyou ini?

Kita selidik dahulu bagaimana hashtag ini bermula. Pada 15 Disember 2014, seorang wanita warga Australia berbangsa India, Rachael Jacobs melihat satu kejadian di dalam keretapi semasa dalam perjalanan ke Brisbane yang sangat menyentap hatinya.

Rachael Jacobs.

Image via vimeocdn.com

"Seperti orang lain, saya menatap skrin telefon dan mula mencari maklumat terkini tentang insiden tebusan di Sydney semasa dalam perjalanan ke Brisbane. Ini disebabkan abang saya bekerja di bandar Sydney, manakala pejabat suami saya pula terletak berhampiran dengan Martin Place. Saya sudah sedia maklum tentang kejadian itu tetapi saya ingin tahu lebih lanjut."

"Dan pada ketika itu, saya melihat ada seorang wanita yang duduk berdekatan mula mengusik-usik tudung yang dipakainya."

"Sedang dia menatap telefon, tiba-tiba dia mula membuka satu persatu pin pada tudungnya. Ketika itu, air mata mula bergenang pada mata saya dan hati saya penuh dengan perasaan marah, sedih dan kecewa."

"Sedang dia menatap telefon, tiba-tiba dia mula membuka satu persatu pin pada tudungnya. Ketika itu, air mata mula bergenang pada mata saya dan hati saya penuh dengan perasaan marah, sedih dan kecewa."

"Tanpa berlengah, saya memuat naik satu status di Facebook dengan harapan rakan-rakan saya akan membacanya dan memikirkan tentang nasib orang yang tidak bersalah yang turut terjejas keselamatannya walaupun tidak berada di tempat kejadian."

"Saya menghabiskan seluruh perjalanan saya merenung rambut wanita itu yang terdedah dan tidak lagi dikenakan tudung. Saya mahu bercakap dengannya, tetapi tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya juga fikir mungkin dia menanggalkan tudungnya kerana kepanasan."

Kebetulan, kedua-dua mereka ditakdirkan untuk turun di stesen yang sama. Dan ketika itulah Rachael membuat keputusan untuk mendekati wanita berkenaan.

"Kebetulan, kami berdua turun di stesen yang sama, dan ketika itu saya memutuskan untuk berkata sesuatu kepadanya. Daripada menyoalnya mengenai pemilihan pakaian, saya fikir jika saya menawarkan untuk berjalan ke destinasinya bersama-sama, ia mungkin membantu."

"Sangat sukar untuk saya gambarkan apabila dalam satu situasi itu, seorang manusia biasa seperti saya dan seorang orang asing yang tidak dikenali mempunyai perbualan tanpa sebarang kata-kata. Saya sebenarnya ingin memohon maaf kepadanya untuk banyak perkara, seperti membuat andaian terhadap orang asing ketika berada dalam keretapi dan bersikap tidak sensitif mengenai budaya perkauman yang menghantui kehidupan sehariannya."

"Tetapi tiada langsung kata-kata yang keluar, dan pertemuan kami berakhir begitu saja."

"Sedang kita bergelut dalam kesedihan, tiada masa yang lebih baik untuk kita berganding bahu antara satu sama lain, berjalan antara satu sama lain, mendengar antara satu sama lain dan sentiasa berada antara satu sama lain."

"Status kedua saya ditulis sebagai kata-kata tambahan yang menyayat hati kepada status pertama saya. Walaupun wanita itu menghargai sikap saya, saya berasa seperti dikalahkan dan simpati terhadap nasibnya."

"Status saya ditulis untuk tatapan peribadi dan untuk dibaca kenalan saya di Facebook sahaja, tidak pernah dimaksudkan untuk bacaan umum. Seorang rakan saya membuat keputusan sendiri untuk berkongsinya secara terbuka, dan saya amat terharu dengan tindakannya itu. Mungkin cerita itu kemudiannya dikongsi secara meluas kerana ia menyentuh hati dan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita."

"Apa-apa pun, peranan saya dalam gerakan ini sebenarnya sangat kecil dan tidak layak diberi perhatian sebegini. Walau bagaimanapun, hashtag #illridewithyou ini benar-benar memberi inspirasi kepada beribu-ribu orang awam yang berdiri teguh untuk keamanan. Perasaan takut memang mampu merosakkan masyarakat. Dan ketika rakyat Australia kini berada dalam ketakutan, beribu-ribu telah berikrar untuk terus berjuang demi memupuk toleransi dan kasih sayang antara satu sama lain."

"#illridewithyou juga mengingatkan kita bahawa kita boleh mengatasi ketakutan dan kejahilan dengan ikrar untuk melayan satu sama lain dengan penuh rasa hormat. Ia adalah satu peringatan yang baik kepada Australia agar tidak meletakkan stereotaip kepada satu kumpulan semata-mata kerana kesalahan satu orang yang tidak bertanggungjawab."

Apabila ditanya mengenai pesanan yang ingin disampaikan kepada msyarakat Islam, Rachael secara jujurnya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dikatakan

"Satu soalan yang paling biasa ditanya ialah "Adakah anda mempunyai mesej untuk umat Islam?" Jujurnya, saya tidak ada apa-apa pesanan."

"Saya lebih suka menyampaikan mesej kepada golongan rasis, fanatik dan sesiapa sahaja yang berani menyebarkan mesej kebencian berhubung tragedi ini. Sebenarnya, mereka inilah orang-orang yang tidak boleh diterima di sini, malah di mana-mana sekalipun."

"Nilai-nilai anda tidak mempunyai tempat dalam masyarakat bertamadun, dan jika anda menyebarkan sikap tidak bertoleransi, kelak ada kebaikan yang akan menjatuhkan anda," ujar Rachael mengakhiri temuramah.

Rachael Jacobs telah memuat naik dua status di Facebook yang telah mencetus satu gerakan di laman sosial dengan hashtag #illridewithyou

Image via bbci.co.uk

Gerakan dan hashtag ini dimulakan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama @sirtessa pada kira-kira jam 1.30pm pada 15 Disember 2014


Sejak daripada itu, hashtag #illridewithyou menjadi viral di serata dunia malah turut mendapat tempat pertama dalam 'Worldwide Trends' dan 'Australia Trends' di Twitter


Walaupun diancam oleh seorang lelaki bersenjata beragama Islam, warga Australia tetap menjamin keselamatan umat Islam di negara itu dengan menentang ideologi Islamophobia yang telah merebak ke dalam minda masyarakat





Masing-masing menunjukkan sokongan malah sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang berasa keselamatannya digugat demi mencapai keamanan di Australia






Ternyata, gerakan ini memberi kelegaan kepada majoriti umat Islam yang berada di luar negara yang sering kali disalah tafsir oleh golongan anti-Islam sebagai pengganas





Dalam masa kurang 24 jam, hashtag #illridewithyou telah di-tweet sebanyak lebih 250,000 kali

Rakyat Australia telah membuktikan kenapa masyarakat mereka layak digelar sebagai "terbaik dunia". Walaupun baru sahaja dialami dengan situasi perit yang amat menyedihkan, mereka semua bangkit bersama-sama dalam memperjuangkan keamanan dan menunjukkan toleransi yang sangat tinggi kepada umat Islam di negara itu.

Sikap rakyat Australia ini memang berhak mendapat pujian dan harus dijadikan contoh kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Terima kasih Australia kerana menjadikan hidup di dunia ini lebih baik. #Respect Australia!


Ketahui lebih lanjut tentang insiden tebusan #SydneySiege hanya di SAYS:

You may be interested in: