Imam Sambilan Didenda RM8,000, Rakam Adik Ipar Mandi Ketika Beraya

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai imam sambilan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah merakam adik iparnya sedang mandi dalam satu kejadian yang berlaku ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini

Menurut laporan Kosmo!, tertuduh berusia 36 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Rais Imran Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut fakta kes, lelaki itu didakwa merakam mangsa yang merupakan wanita berusia 27 tahun menggunakan telefon bimbit dengan niat mengaibkan kehormatan serta mengganggu kesantunan mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan sekitar pukul 6.30 petang pada 24 Mac lalu, iaitu hari raya keempat.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kes terbabit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

Menurut pihak pendakwaan, perbuatan tertuduh dianggap serius memandangkan mangsa merupakan ahli keluarga sendiri, selain kejadian berlaku ketika keluarga besar berkumpul menyambut Aidilfitri.

Tambahan pula, tertuduh yang juga imam sambilan sepatutnya menjaga maruah dan menjadi contoh kepada masyarakat.

"Sebagai individu yang mempunyai kedudukan agama, tertuduh tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang mengaibkan ahli keluarga sendiri," kata Timbalan Pendakwa Raya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar HarianImage via

Walau bagaimanapun, pihak pembelaan memohon hukuman minimum dengan alasan tertuduh telah insaf dan menanggung keluarga termasuk seorang anak yang menghidap penyakit jantung serta ibu yang menghidap diabetes.

Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah menegur keras tindakan tertuduh dengan menyatakan latar belakangnya dalam bidang undang-undang dan peranan sebagai imam sepatutnya menjadi panduan untuk menjaga kehormatan keluarga.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar. Tertuduh dilaporkan telah membayar denda tersebut.

Terdahulu, mangsa menyedari dirinya dirakam selepas ternampak sebuah telefon bimbit diletakkan di dinding bilik air. Pemeriksaan lanjut mendapati telefon tersebut milik abang iparnya. Mangsa kemudian bertindak mengambil peranti itu sebelum membuat laporan polis kerana bimbang rakaman tersebut disebarkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: