seismik

Imbas Kembali 10 Pemenang AJL Sejak 10 Tahun Lepas. Siapa Yang Paling Beri Kejutan?

Mungkinkah akan ada kejutan lagi kali ni?

Cover image via SAYS

Acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal berlangsung Ahad ini!

Image via blogspot.com

12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017 akan menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018.

Jika tahun lalu, Cerita Dalam Lagu menjadi tema pilihan, Anugerah Juara Lagu yang ke-32 (AJL 32) tahun ini mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama.

Tapi sebelum kita bercakap lebih lanjut tentang AJL32, apa kata kita imbas kembali 10 juara AJL sejak 10 tahun lepas:

AJL22: Itu Kamu - Estranged

Image via imgur.com

Selepas Spider pada 2005, giliran Estranged pula berjaya menjulang gelaran Juara Lagu menerusi lagu ciptaan mereka sendiri. Walaupun sebelum ini kategori balada selalu mengungguli carta pemenang, Estranged membuktikan genre pop rock juga mampu menjadi juara.

AJL23: Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain

Image via Kosmo

Biarpun lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir mencipta hatrik dengan tiga kemenangan termasuk juara kategori Balada, Persembahan, dan Vokal Terbaik, namun kehebatan irama Lagu Untukmu daripada satu-satunya band indie, Meet Uncle Hussain tidak tercabar apabila diangkat sebagai Juara Lagu keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23.

AJL24: Pergi - Aizat Amdan

Image via blogspot.com

Selepas dua tahun berturut-turut pentas AJL mengangkat band indie sebagai juaranya, penangan lagu Pergi dendangan Aizat menoktahkan penguasaan penyanyi indie di pentas muzik paling berprestij ini.

AJL25: Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Pendatang baru dalam industri, Ana Raffali membuat kejutan apabila lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara AJL25. Lebih istimewa, lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali sendiri dan pertandingan ini adalah yang pertama disertainya.

AJL26: Awan Nano - Hafiz Suip

Image via blogspot.com

Menyuntik elemen drama dalam persembahannya, Hafiz tampil berpakaian sama seperti muzik videonya iaitu baju T berwarna biru, seluar track dan berselipar jepun. Ringkas dan bersahaja, Hafiz turut membawakan Herman Tino ke atas pentas AJL. Lagu tersebut berjaya menggondol kejayaan besar dengan merangkul Tempat Pertama AJL 26 dan Hafiz juga membawa pulang anugerah Vokal Terbaik.

AJL27: Terukir Di Bintang - Yuna

Image via blogspot.com

Uniknya kali ini, walaupun berada jauh di USA untuk melebarkan sayap kerjaya seni beliau, Yuna tetap menerima pengiktirafan yang tinggi di Malaysia. Yuna memberi kepercayaan kepada Aizat Amdan untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang di pentas akhir AJL27, sekali gus membawa pulang gelaran juara.

AJL28: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip

Image via blogspot.com

Karier muzik Hafiz sedang benar-benar memuncak pada masa ini. Setelah hanya dua tahun, Hafiz berjaya lagi kali ini apabila merangkul dua gelaran pada AJL28 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku iaitu Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik.

AJL29: Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone

Image via bharian.com.my

Buat pertama kalinya, genre rap atau hiphop diangkat sebagai juara dalam sejarah AJL. Sebelum ni, pencapaian terbaik ialah tempat ketiga yang dimenangi Altimet dan Awi Rafael dengan lagu Kalau Aku Kaya pada AJL28. Mereka yang selama ini memikul harapan genre hiphop berasa sangat terharu apabila usaha mereka membuahkan hasil.

AJL30: Potret - Akim & The Majistret

Image via klxpress.com.my

Pertama kali bertanding dalam pentas akhir Anugerah Juala Lagu, Akim & The Majistret berikan segalanya kali ini setelah lagu Mewangi gagal dicalonkan pada tahun sebelumnya. Kugiran rock itu sekali gus membawa pulang dua gelaran iaitu Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Potret pada AJL30.

AJL31: Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

Image via astroawani.com

Kemenangan Dayang Nurfaizah pada tahun lepas seperti sudah diramal. Dayang unggul buat 3 tahun berturut-turut apabila berjaya membawa pulang anugerah Vokal Terbaik pada AJL29, AJL30, dan AJL31. Akhirnya, lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara di pentas akhir AJL31 sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.

Jangan lupa untuk saksikan pentas akhir AJL32 pada Ahad ini, 11 Februari 2018 jam 9 malam di TV3

Image via blogspot.com

AJL32 juga boleh ditonton secara langsung di portal video tonton.

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter, dan Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat lagi persembahan memukau Caliph Buskers 3 tahun lepas? Baca tentang mereka DI SINI:

You may be interested in:

Leave a comment