"Bod*h Kedekut Betul" - Wanita Terkejut Pengemis Marah Hanya Sebab Sedekah RM1 Padanya
Dah dapat duit tu pun still tak bersyukur.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memberi sedekah adalah perkara yang sangat mulia dalam Islam
Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya.
Namun, alangkah terkejutnya seorang wanita selepas seorang pengemis menghina hasil pemberiannya dek kerana jumlah yang kecil.
Terkejut dengar ayat yang keluar dari mulut pengemis
Menerusi perkongsian di Threads jiedgaf__, wanita itu berkongsi bagaimana seorang pengemis telah menghinanya selepas dia menderma RM1 kepadanya.
Difahamkan, pada masa itu dia sedang berjalan dan kemudiannya ternampak seorang pengemis di kaki jalan itu.
Oleh kerana dia melihat bekas duit pengemis itu masih kosong, dia mengambil keputusan untuk memberikan kepadanya.
Namun, selepas dia meletakkan duit itu ke dalam bekas, dia terdengar pengemis itu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan jumlah yang dia berikan kepadanya. Perkara itu juga membuatkan wanita berkenaan sedih sehingga mempertikaikan keikhlasannya.
"Dia amik duit tu pastu dia cakap “bodoh kedekut betul singgit je” pastu dia campak duit tu dalam bekas tu semula. Lepas aku nampak tu, aku menangis, aku rasa seringgit aku tak dihargai. Terus timbul rasa tak ikhlas, menyesal dan tak nak sedekah dekat orang dah," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!