seismik

[INFO] Pasport Kini Boleh 'Renew' Secara Online, Ikuti Langkah Mudah & Cara Mohon Ini

Mudah dan senang!

Cover image via Places and Food & Harian Metro

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda ingin melancong ke luar negara, pasport adalah perkara utama dan penting anda perlu ada

Kalau tiada pasport ini, tidaklah boleh anda masuk ke negara orang sesuka hati. Pasport ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara.

Ia bermaksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang. Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Namun, adalah perlu untuk anda perbaharui pasport yang telah tamat tempoh untuk ke luar negara. Kalau dulu kita perlu beratur panjang untuk memperbaharuinya, kini tidak lagi.

Anda kini boleh perbaharuinya secara online saja. Bagaimana? Jom kita lihat perkongsian oleh pengguna Twitter ini.

1. Buka laman web

Perkara pertama anda perlu lakukan untuk perbaharui pasport secara online adalah dengan membuka terlebih dulu laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

2. Tekan setuju

Langkah seterusnya adalah anda perlu menekan tanda setuju selepas anda sudah membaca kesemua terma dan syarat yang telah ditetapkan.

3. Isi semua maklumat

Anda kini perlu mengisi kesemua maklumat diri dan pasport anda. Nak lebih senang anda boleh refer pasport lama kerana lebih mudah untuk mengisinya.

4. Muat naik gambar ikut kriteria yang ditetapkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

Anda kemudian diminta memuat naik gambar dengan syarat:

  • Background wajib warna putih 
  • Pakaian warna gelap
  • Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung warna gelap
  • Muat naik guna softcopy. Jangan guna gambar polaroid

5. Pilih tempat pick up pasport

Sebaik saja anda sudah mengisi kesemua maklumat, akan keluar senarai pejabat yang anda boleh pilih untuk pick up pasport anda.

Sistem tersebut akan menentukan sama ada bila anda boleh ambil pasport tersebut. Jika anda perbaharui sebelum pukul 3 petang, kemungkinan anda boleh dapat pada hari yang sama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jabatan Imigresen Malaysia

6. Buat pembayaran

Gambar sekadar hiasan.

Image via Suruhanjaya Tenaga

Selepas siap semuanya, anda dikehendaki untuk membuat bayaran melalui credit card ataupun debit card.

  • Permohonan Biasa (13 - 59 tahun): RM200 
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100
Jangan lupa untuk menyimpan resit pembayaran anda.

Mudah je rupanya, lepas ni tak payah susah payah beratur panjang dekat pejabat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022