[INFOGRAFIK] Kronologi Penuh Insiden Kehilangan Pesawat MH370
Di sini, SAYS meringkaskan kronologi penuh insiden kehilangan pesawat MH370 melalui infografik.
Pesawat MH370 Dilaporkan Hilang Pada Pagi 8 Mac 2014 Bersamaan Hari Sabtu
Seramai 239 Penumpang Termasuk Anak Kapal Berada Di Dalam Pesawat MH370 Dari Pelbagai Negara
9 Mac: Siasatan Mendapati Terdapat Dua Penumpang Menggunakan Pasport Palsu Dan Berkemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik
10 Mac: Beberapa Tompokan Minyak Pula Dikesan Tetapi Disahkan Datang Daripada Sebuah Tongkang, Bukan Daripada Pesawat MH370
13 Mac: Satelit China Berjaya Mengesan 3 Objek Di Perairan Namun Usaha Menemukan Pesawat MH370 Tetap Gagal Setelah Pesawat Dihantar Ke Lokasi Berkenaan
Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.
Malaysia dan Vietnam menghantar pesawat ke lokasi 3 objek yang dikesan satelit China namun tidak menemui apa-apa
Image via hmetro.com.my14 Mac: Sebuah Sumber Dari Amerika Syarikat Melaporkan Pesawat MH370 Mungkin Berada Di Lautan Hindi
Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi.