seismik

[INFOGRAFIK] Setahun Pencapaian Kementerian Kesihatan Malaysia Bersama Kerajaan MADANI

Menelusuri setahun pencapaian KKM bersama kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Cover image via Kementerian Kesihatan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Kementerian Kesihatan merupakan sebuah kementerian kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab ke atas sistem kesihatan dalam negara

Jika dimbas kembali pencapaian dan kejayaan KKM di bawah kerajaan MADANI antaranya adalah penambahbaikan sistem kesihatan bagi memastikan ia lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

Antara salah satu daripadanya adalah Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2023 lalu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Untuk pengetahuan anda, Kertas Putih Kesihatan ini menggariskan strategi reformasi kesihatan negara untuk 15 tahun akan datang, ia diluluskan selepas dibahaskan oleh 28 Ahli Parlimen selama hampir empat jam.

Selain itu, ia turut menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan bagi mewujudkan satu sistem kesihatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan pencegahan dan promotif supaya rakyat kekal sihat dan sejahtera.

Baik pulih dan naik taraf 436 klinik daif KKM di seluruh negara

Dalam usaha untuk meningkatkan akses kesihatan di seluruh negara dan memenuhi keperluan serta kehendak masyarakat, KKM telah membaik pulih 436 klinik daif dan dinaik taraf di seluruh negara.

Langkah ini merupakan salah satu inisiatif utama KKM dalam Setahun Pencapaian Bersama Kerajaan MADANI, yang bertujuan untuk meningkatkan sistem kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Melalui inisiatif Bitara MADANI, KKM telah melibatkan pelbagai pihak untuk memastikan pembinaan semula dan peningkatan taraf klinik daif dapat dilaksanakan secara efisien.

Bitara MADANI, sebagai inisiatif reformasi kesihatan, membawa bersama penglibatan komuniti, pihak swasta, dan agensi kerajaan untuk memastikan keberkesanan langkah-langkah yang diambil.

Dengan peningkatan ini, KKM bercita-cita untuk memberikan akses kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat, terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman atau kurang berupaya.

Pembangunan dan peningkatan taraf klinik daif ini sejajar dengan hasrat KKM untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan merangkumi semua lapisan masyarakat.

20 projek pembinaan fasiliti kesihatan turut siap dibina dalam tempoh Setahun Pencapaian Bersama Kerajaan MADANI

Reformasi Kesihatan Negara diperkasakan menerusi 20 projek pembinaan fasiliti kesihatan siap dibina dalam Setahun Pencapaian Bersama Kerajaan MADANI dan diserahkan kepada KKM sebagai kesinambungan perkhidmatan yang lebih efisyen untuk rakyat.

Pembangunan fasiliti kesihatan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan negara sebagai agenda yang perlu diberi keutamaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan terhadap akses kesihatan yang lebih mampan.

Antara fasiliti kesihatan negara yang telah siap dibina ialah Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan Hospital Kuala Lumpur; Klinik Kesihatan Bandaraya Miri; Pusat Jantung Hospital Serdang; Hospital Tanjung Karang; Hospital Pendang; Klinik Kesihatan Bandar Raub; Blok Patologi Hospital Sultanah Aminah dan Blok Tambahan Hospital Segamat.

Inisiatif Label Ubat Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan di 250 fasiliti KKM

Seramai 55,000 OKU penglihatan menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif Label Ubat Mesra OKU Penglihatan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara.

Inisiatif tersebut juga merupakan perluasan kepada Program Kenali Ubat Anda bagi menyokong Malaysian Patient Safety Goals 2.0 di bawah Medication Safety: Medication Without Harm.

Malaysia merupakan antara negara terawal di rantau Asia melaksanakan inisiatif berkenaan, yang turut mencerminkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan untuk memastikan OKU penglihatan mendapat hak menerima maklumat tepat dalam urusan pengambilan ubat secara selamat.

Untuk pengetahuan anda, label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU penglihatan akan mempunyai tulisan Braille bagi menjelaskan cara pengambilan atau dos seperti dua atau tiga biji sehari.

Label tersebut turut mempunyai indikasi yang menerangkan kegunaan ubat seperti demam, batuk atau selesema.

Pendigitalan perkhidmatan kesihatan melalui bayaran tanpa tunai di fasiliti KKM

Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 yang lalu telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan bagi tahun 2022.

Selain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil kerajaan.

Oleh itu, KKM telah melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) sejak 1 Oktober 2022.

Pelaksanaan Skim Perubatan MADANI bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40

Sejak skim ini diperkenalkan pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, SPM telah mendapat sambutan positif dengan lebih 1.5 juta rakyat telah mendapat manfaat bagi menerima rawatan ringan percuma merangkumi lebih 837 ribu isi rumah golongan berpendapatan rendah melalui lebih daripada 2,400 klinik swasta yang berdaftar.

Pakej SPM ini merangkumi rawatan sakit-sakit ringan, menawarkan konsultasi, ubat-ubatan, ujian dan prosedur rawatan dengan peruntukan mengikut kategori diberikan sebanyak RM250 kepada penerima yang berkeluarga, RM125 kepada warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 kepada individu bujang.

Kelayakan adalah secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tiada pendaftaran diperlukan. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan bagi menerima rawatan sakit-sakit ringan di klinik-klinik swasta.

Berbeza dengan PeKa B40 pula, inisiatif KKM ini telah diwujudkan sejak 15 April 2019. Ia adalah bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

PeKa B40 memberi manfaat pemeriksaan kesihatan yang komprehensif secara percuma, bantuan alat perubatan (sehingga RM20,000), insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000) dan insentif tambang pengangkutan (sehingga RM1,000), khususnya bagi penerima STR dan mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Pada tahun 2023, Peka B40 pula telah merekodkan lebih 340 ribu rakyat dari kumpulan berpendapatan rendah telah mendapat manfaat daripada skim ini melalui lebih 3,500 klinik swasta dan lebih 1,100 fasiliti kesihatan awam. Sejak 2019, lebih 1.16 juta rakyat telah mendapat manfaat PeKa B40.

Pada tahun 2024, KKM akan mengambil langkah-langkah lebih proaktif melalui perluasan SPM dan PeKa B40 bagi penjagaan kesihatan yang lebih holistik kepada kumpulan sasaran.

KKM melalui ProtectHealth selaku pelaksana sedang mempertimbangkan perluasan SPM dengan rawatan penyakit kronik, (NCD), penjagaan pergigian, penambahan jumlah senarai ubat dan penambahbaikan harga ubat sedia ada.

Bagi Skim PeKa B40 pula, antara perluasan yang berpotensi untuk dilaksanakan adalah program kesihatan (berhenti merokok, kesihatan fizikal dan kesihatan mental) dan penambahbaikan harga alat perubatan yang mampu mengurangkan beban kewangan penerima manfaat PeKa B40.

KKM yakin dengan Inisiatif-inisiatif penambahbaikan tersebut, ia mampu memberikan tambah nilai kepada inisiatif penjagaan kesihatan sedia ada dan menunjukkan potensi dan peluang untuk kedua-dua skim lebih dikembangkan dari semasa ke semasa.

Skim SPM dan PeKa B40 bukan hanya sebagai salah satu inisiatif kesihatan KKM, tetapi ia menjadi lambang langkah inovatif KKM dalam memenuhi landskap keperluan kesihatan negara yang dinamik dan mencabar mampu dilaksanakan dan mempunyai peluang untuk diperkembangkan di masa akan datang.

Inisiatif dan penambahbaikan SPM dan PeKa B40 ini mencerminkan komitmen KKM terhadap penjagaan kesihatan yang lebih inklusif dalam menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai aspirasi bersama.

Inisiatif Program MADANI Afiat bawa khidmat KKM kepada komuniti

Inisiatif program MADANI Afiat adalah pendekatan kerajaan untuk membawa khidmat KKM kepada komuniti secara terus dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.

Inisiatif ini juga adalah bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai program seperti saringan kesihatan dari rumah ke rumah, pameran kesihatan dan gotong-royong bersama komuniti setempat.

Image via Bernama

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian menerusi Klinik Pergigian Bergerak

Dalam merealisasikan perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat di hati rakyat, KKM terus peka dengan memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian menerusi Klinik Pergigian Bergerak.

Sebanyak 42 buah klinik pergigian bergerak telah dibangunkan sebagai 'touch point' penting menyantuni rakyat dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pergigian, literasi serta advokasi kesihatan pergigian yang lebih inklusif demi Malaysia MADANI.

Antaranya menyediakan perkhidmatan pergigian di sekolah, komuniti terpinggir seperti masyarakat Orang Asli, populasi miskin bandar seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), Institusi Warga Emas, Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan kem-kem kesihatan dalam komuniti.

Jadi, buat anda semua yang nak tahu lebih lanjut tentang setahun pencapaian KKM bersama kerajaan MADANI, boleh klik di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik