Ingat Kim Kardashian Je Ada Program Realiti? Fazura Pun Ada Lah!
Siapa kata industri hiburan tanah air tak hebat?
Pernah Tak Anda Terbayang Untuk Saksikan Artis Tempatan Beraksi Dalam Rancangan Realiti Sendiri Ala-Ala 'Keeping Up With The Kardashians'?
Angan-Angan Anda Kini Menjadi Realiti! Pelakon Jelita, Nur Fazura Bakal Membintangi Dalam Rancangan Realitinya Sendiri Yang Diberi Judul 'Facing Up To Fazura'.
Nampaknya lepas ni Fazura memang layak digelar selebriti antarabangsa. Malah, rasanya tak salah kalau Fazura digelar Kim Kardashian Malaysia kerana bakal menjadi artis pertama yang mempunyai program realiti sendiri.
ohbulan.comTak Percaya? Berita Ini Telah Disahkan Sendiri Oleh Fazura Melalui Instagram Miliknya. Lebih Menarik, Ia Dijadualkan Ke Udara Di Saluran Hiburan Antarabangsa, E! Pada 11 Disember 2014.
Program dokudrama lima episod yang diberi judul Facing Up To Fazura berkenaan bakal mendedahkan kepada penonton kehidupan peribadi aktres berusia 31 tahun itu.
bharian.com.myFazura Akui Sangat Teruja Dan Terharu Dengan Tawaran Yang Diterima Sambil Menegaskan Segala Apa Yang Ditayangkan Adalah Realiti, Bukan Rekaan
"Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan."
bharian.com.my"Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka," kata Fazura.
bharian.com.myJutaan Tahniah Diucapkan Kepada Fazura Kerana Menjadi Artis Pertama Di Malaysia Yang Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri. Semoga Terus Maju Dalam Apa Jua Bidang Yang Diceburi!