seismik

6 Situasi Yang Buatkan Kita Bersyukur Dengan 'Online Shopping'. Tak Payah Cari Parking!

Semuanya di hujung jari!

Cover image via expatliving

Dunia kian maju dengan teknologi yang semakin canggih. Mana tidaknya, dulu semuanya perlu keluar rumah jika ingin membeli barang, bayar bil dan sebagainya.

Kadang-kadang rasa letih dan give up sebab terlalu lama menunggu. Nak selesaikan satu perkara pun memakan masa berjam-jam.

Image via Giphy

Bersyukur sangat dengan kewujudan online shopping site, online banking dan sebagainya. Mana tidaknya, semua urusan boleh diselesaikan hanya di hujung jari. Mudah sangat!

Ini antara situasi yang menyebabkan kita bersyukur sangat dengan adanya online shopping site:

Image via Giphy

1. Bila plan nak keluar beli barang, anak pula meragam....

Image via Giphy

Situasi ini memang akan terjadi tanpa disangka. Maklumlah, mood budak kecil bukan boleh difahami. Kalau ada yang tak kena, masa nak keluar pun boleh meragam tak tentu pasal. Terpaksalah batalkan niat untuk keluar beli barang.

2. Bila nak bayar, beratur di kaunter bukan main panjang lagi! Sabar jelah..

Image via Giphy

Paling bengang sekali bila nak bayar satu barang je, tapi kena beratur dan tunggu berjam-jam lamanya. Masa berdiri tu memang mulut tak berhenti membebel! Geram tak terkata lebih-lebih lagi kalau sistem jenis slow.

3. Good luck-lah cari parking di mall yang sentiasa penuh dengan manusia...

Image via Giphy

Ini paling perit sekali, bila dah ada mood untuk pergi membeli belah, pakai cantik-cantik, anak tak meragam. Tiba-tiba muncul pula masalah negara yang lain. Parking pula tak ada. Dah sempat tawaf tempat yang sama lebih 10 kali pun masih belum jumpa parking.

4. Kalau anda pemalu, tak perlulah bersosial dengan orang ketika membeli belah di luar. Senang sikit!

Image via Giphy

Ada juga jenis manusia yang tidak suka berinteraksi bersama manusia yang lain. Mereka lebih suka buat kerja seorang diri termasuklah membeli belah. Memang agak rimas bila promoter tu asyik ikut je kita. Tapi nak buat macam mana, itu kerja mereka.

Kalau pemalu sangat, beli online je ok?

5. Sambil baring relaks-relaks pun boleh shopping, tak semestinya kena berjalan

Image via Giphy

Perkara paling best kalau online shopping ini, kita tak perlu berjalan lagi untuk dapatkan barangan yang diingini. Sambil baring scroll facebook pun boleh juga selit-selit untuk scroll barangan yang anda nak.

Alahai mudahnya hidup macam ni!

6. Jenis yang sukakan elemen surprise, belilah barangan online. Bila abang posman datang, acah-acah macam orang bagi hadiah. Hehe.

Image via Google

Bukan nak cakap kurang kasih sayang, tapi ada sesetengah orang memang sukakan kejutan. Tak kiralah kejutan itu datang dari diri sendiri pun, bila barangan sampai dari posman, mulalah excited macam tak tahu apa isinya.

Padahal, sendiri beli sendiri bayar. Hahaha.

Eh, bukan melalui Internet je. Kita boleh jugak buat online shopping daripada TV.

Ya, TV! Tak perlu Internet pun.

Contohnya, tentulah CJ WOW SHOP!

Image via CJ Wow Shop

Tak semestinya kena tengok K-Drama je bila buka TV. Macam-macam lagi boleh buat!

Menerusi CJ WOW SHOP, kita boleh tengok TV dan beli barangan kegemaran pada masa yang sama. Menariknya tentang CJ WOW SHOP, setiap produk akan diberi demonstrasi tentang cara penggunaan yang sememangnya memudahkan hidup.

CJ WOW SHOP juga sedang memberikan ganjaran dan penghargaan sempena meraikan sejuta pelanggan mereka!

Image via CJ Wow Shop

Pembeli akan diberi baucar sebanyak RM20 untuk setiap pembelian dari 1 hingga 30 September.

Baucar tersebut boleh digunakan untuk pembelian seterusnya melalui laman web dan aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP!

Tambahan lagi, CJ WOW SHOP akan mengadakan promosi harian dipanggil Sensational Deal di mana mereka akan mengeluarkan dan menjual 3 jenis produk paling laku dalam sejarah CJ WOW SHOP.

Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton! Jadual adalah seperti di bawah:

- Hari bekerja: 8.40 pagi (Mandarin) di 8TV | 10 pagi di TV9 | 11 pagi di TV9
- Hujung minggu: 10 pagi di TV9 | 11 pagi di TV9

Pada 30 September pula, jangan terlepas untuk menyaksikan siaran langsung khas CJ WOW SHOP selama 10 jam tanpa henti bermula dari 9 pagi di TV9!

Image via Giphy

Untuk maklumat lanjut, layari: www.cjwowshop.com.my

Pelbagai tawaran hebat menanti anda!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!