seismik

Kaunter Di klia2 Akan Dinaik Taraf, AirAsia Beri 6 ‘Guidelines’ Penting Buat Penumpang

Semoga perjalanan anda semua dipermudahkan!

Cover image via wikimedia.org

Pengumuman penting buat penumpang AirAsia, syarikat penerbangan itu telah mengeluarkan beberapa nasihat bagi perjalanan AirAsia untuk memastikan pengalaman bercuti anda berjalan lebih lancar

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil serius buat para penumpang berikutan kerja-kerja menaik taraf kaunter sedia ada di klia2 bermula 20 November 2017 ini.

1. Tiba di lapangan terbang lebih awal

Image via www.klia2.info

Penumpang disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X bagi melepasi kesemua formaliti penerbangan dan mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku di sepanjang musim percutian ini.

 

2. Check-in sendiri

Kiosk daftar masuk.

Image via twot.wordpress.com

Bagi mempercepatkan urusan perjalanan anda, AirAsia mengingatkan para penumpang supaya daftar masuk sendiri sama ada melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk.

Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia, dan sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X. Kiosk daftar masuk sendiri dan tag bagasi sendiri tersedia di klia2.


3. Kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan

Image via terbakor.com

Bagi penumpang yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter imigresen, anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

4. Terminal spesifik untuk ke/dari Singapura

Kepada para penumpang yang terbang ke atau dari Singapura pula, AirAsia kini beroperasi di Terminal 4 yang baru serta lebih canggih dan automatik di Lapangan Terbang Changi Singapura, yang boleh diakses dengan teksi, kereta sewa, bas atau pengangkutan peribadi.

Para penumpang yang berlepas dari Terminal 4 dinasihatkan untuk tiba 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk ke terminal baru itu.

5. Tempahan secara berkumpulan boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja

Penumpang yang membuat tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan.

Kakitangan AirAsia yang berada di lapangan terbang bersedia untuk membantu dan memastikan perjalanan yang lancar untuk semua disepanjang musim percutian ini.

6. Satu pelanggan, satu beg cabin

Image via Travel Weekly

Setiap seorang penumpang (kecuali bayi) hanya dibenarkan membawa SATU beg cabin (tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan ke atas pesawat. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg

Para penumpang juga disarankan untuk pra-tempah peruntukan berat bagasi untuk lebih penjimatan. Pilih ‘Urus Tempahan Saya’ untuk menambah berat bagasi di laman airasia.com sehingga empat jam sebelum waktu berlepas, atau menerusi aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android.

Lihat gambaran mudah guideline AirAsia di bawah:

Image via AirAsia

Anda rasakan artikel ini berguna? Kongsikan bersaama rakan-rakan anda.

Kami ucapkan semoga perjalanan anda semua selamat. :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: