Ini Sebab Kenapa Harga Minyak Di Stesen Masih Tinggi Walaupun Harga Minyak Global Kini Turun
Patutlah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, harga minyak mentah global telah dimaklumkan mengalami penurunan tapi kenapa harga dengan stesen minyak masih tinggi?
Lebih menambahkan persoalan apabila harga runcit petrol RON95 dan diesel diumumkan naik masing-masing pada harga RM4.27 seliter dan RM6.72 seliter.
Kedua-dua harga ini adalah harga yang ditetapkan untuk pembelian tanpa subsidi untuk tempoh 9 hingga 15 April ini.
Bagi harga petrol RON97 pula diumum berlaku kenaikan sebanyak 40 sen pada harga RM5.35 seliter.
Untuk menjawab persoalan ini, Kementerian Kewangan telahpun menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan harga di pam tidak turun walaupun minyak mentah global turun.

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga pam pada minggu ini:
- Harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan harga hari ini
- Bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi, dan masih mempengaruhi harga pam
- Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans
- Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar AS$150 setong (petrol) dan AS$250 setong (diesel)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via