Integriti PAS Diselar Atas 'Pusingan U' Yang Dibuat Dalam Krisis MB Selangor
PAS pada mulanya tidak menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tetapi akhirnya mengumumkan keputusan untuk menyokong beliau selepas tamat mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos 2014.
Dalam krisis Menteri Besar Selangor, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan pendirian bahawa mereka tetap akan menyokong sepenuhnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal dalam jawatannya
PAS tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal dalam jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Image via keadilandaily.comBiar apa jua keputusan yang dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu Menteri Besar Selangor, PAS tetap berpegang kepada pendiriannya menyokong sepenuhnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal dalam jawatannya.
Menurut Exco PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, PAS tidak terikat untuk mengikut PKR dan DAP kerana setiap parti mempunyai pendirian sendiri
Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata, beliau akan terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sallehen Mukhyi berkata PAS tidak terikat untuk mengikut PKR dan DAP kerana setiap parti mempunyai pendirian sendiri.
Image via hulukelang.comAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Bernam ini memberitahu kepada The Star pada Isnin (11 Ogos 2014) bahawa tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS meletakkan jawatan sebagai exco. "Perlantikan menteri besar dilakukan di bawah perlembagaan negeri dan kami akan terus menyokong beliau. Ini adalah prinsip kami, "katanya.

Beliau juga mengakui bahawa beliau masih bersama perjuangan Pakatan Rakyat. Beliau berkata, demi menjaga amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS, beliau serta rakan-rakannya akan tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa.
Perkara yang sama turut dipersetujui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berkata setiap keputusan dan cadangan yang dibuat PKR tidak ada kaitan langsung dengan PAS.
Malah, PAS juga dikatakan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan tidak akan memilih Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB baru
PAS tidak setuju dengan cadangan PKR menamakan Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baru.
Image via themalaysiantimes.com.myNik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
“Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
Namun begitu, terdapat dua ahli dewan undangan (Adun) PAS yang memberi sokongan kepada Wan Azizah. 2 pendirian itu melayakkan Wan Azizah menjadi calon MB baru kerana memperoleh sokongan 2/3 Adun Selangor.
PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah pada 14 Ogos 2014. Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib (kiri) dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan mereka terhadap Wan Azizah.
Image via mstar.com.myMustafa diungkap sebagai berkata bahawa perbincangan terdekat akan dibuat melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu.
Komen Mustafa itu adalah ekoran 30 orang Adun Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah termasuk dua Adun PAS iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.
PAS kemudiannya tersekat untuk membuat pilihan samada untuk terus menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar atau meneruskan perjuangan parti gabungannya iaitu Pakatan Rakyat (PR)
Keputusan semakin sukar dibuat oleh PAS ekoran Wan Azizah berjaya memperoleh 2/3 sokongan daripada Adun Selangor.
Image via klxpress.com.myPAS masih tersekat dengan pendiriannya dalam krisis menteri besar Selangor, menyebabkan PKR dan DAP kecewa kerana kedua-dua parti itu mahu Khalid disingkirkan dan diganti dengan Dr Wan Azizah.
Parti Islam itu masih belum lagi membuat keputusan sama ada untuk menyokong parti gabungannya atau Khalid, yang dipecat daripada partinya, PKR minggu lalu dan tidak lagi dianggap menteri besar Pakatan Rakyat (PR) untuk Selangor.
Selepas Abdul Khalid digugurkan daripada PKR, enam Exco DAP dan PKR turut dipecat Khalid tetapi empat Exco PAS dikekalkan dalam jawatan masing-masing. Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa PAS akan terus menyokong Khalid dan menentang hasrat PR.
PAS dikatakan akan menentang hasrat PR selepas 4 exco-nya dikekalkan dalam jawatan masing-masing oleh Abdul Khalid.
Image via therocket.com.myEmpat exco daripada PAS masih berkhidmat dalam jawatan masing-masing dan belum meninggalkan pentadbiran Selangor, tidak seperti 6 exco DAP dan PKR lain yang dipecat Khalid awal minggu ini.
Senario itu membangkitkan spekulasi PAS mungkin berada di belakang Khalid dan menentang hasrat gabungan PR. Ini mungkin adalah ancaman untuk meninggalkan gabungan PR yang terjalin sejak 6 tahun lalu sehingga berkembang menjadi alternatif terkuat terhadap Barisan Nasional (BN).
Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS masih belum boleh membuat keputusan untuk menyokong Wan Azizah kerana mereka masih mempunyai 4 Exco yang masih belum menyatakan sokongan
Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS masih belum boleh membuat keputusan untuk menyokong Wan Azizah.
Image via imgur.comPAS masih belum boleh memberikan komitmen untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun PKR dan DAP sudah berbuat demikian, kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu berkata, parti Islam itu yang mempunyai 4 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dalam pentadbiran Khalid di Selangor masih belum pasti sama ada menerima atau menolak Dr Wan Azizah.
Walau bagaimanapun, keputusan penuh akan dibuat pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos 2014
Mustafa mengulangi kenyataan parti, ia akan membuat keputusan akhir mengenai jawatan menteri besar Selangor dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Ahad, 17 Ogos 2014.
Selepas mesyuarat tamat, PAS melakukan 'pusingan U' dan memutuskan untuk menyokong Wan Azizah sebagai pengganti baru Abdul Khalid. Mereka turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon kedua.
Selepas mesyuarat pada 17 Ogos 2014 tamat, PAS menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah dan menamakan Azmin Ali sebagai calon kedua bagi merebut tempat Menteri Besar Selangor.
Image via therakyatpost.comJawatankuasa PAS Pusat pada Ahad, 17 Ogos 2014 memutuskan untuk mencadangkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor yang baru.
Selain itu, PAS juga melakukan 'pusingan U' apabila turut menyokong calon asal PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu mereka tidak menerima sebarang desakan daripada mana-mana pihak malah keputusan itu dibuat sebulat suara oleh 36 ahli jawatankuasa dan Majlis Pimpinan Pusat PAS
PAS bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu keputusan itu dibuat sebulat suara oleh 36 ahli jawatankuasa PAS.
Image via selangorkini.netDalam sidang media di ibu pejabat PAS, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata semua keputusan itu dibuat sebulat suara oleh 36 ahli jawatankuasa dan Majlis Pimpinan PAS Pusat yang hadir dalam mesyuarat lebih kurang dua jam itu.
malaysiakini.com"Kita akan bincang lagi keputusan ini dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan petang ini (17 Ogos 2014). Tak ada tekanan dari pihak lain (dalam membuat keputusan ini)," tegas beliau dalam sidang media.
malaysiakini.comPersoalannya, kenapa PAS tukar fikiran? Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan mereka menyokong Abdul Khalid sebelum ini kerana beliau masih anggota PKR. Selepas Khalid dipecat, pendirian mereka berubah.
Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana beliau ketika itu masih anggota PKR.
malaysiakini.com“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui laman harakahdaily.
malaysiakini.comDitanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain, lapor akhbar web PAS itu lagi.
malaysiakini.comNik Aziz juga menyatakan sokongan terhadap keputusan tersebut dengan berkata, “Saya sokong keputusan yang dibuat jawatankuasa parti. Siapa pun yang menjadi Menteri Besar Selangor, itu soal kedua.”
Kesepakatan itu sekali gus menolak keputusan dibuat Majlis Syura yang bersidang awal Ogos lalu, antara lain mahu semua ahli PAS menyokong Abdul Khalid sehingga pemimpin itu benar-benar terbukti melakukan salah laku oleh pihak berkuasa.
“Saya sokong keputusan yang dibuat jawatankuasa parti. Siapa pun yang menjadi Menteri Besar Selangor, itu soal kedua,” kata Nik Aziz.
Image via blogspot.comMenurut Nik Abdul Aziz, sokongan diberikannya bukan gambaran PAS ‘lalang’ atau mudah beralih arah, sebaliknya kesatuan antara mereka yang akur dengan keputusan pimpinan tertinggi selain semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.
“Berubah apabila belum ada keputusan (pimpinan tertinggi), bila dah ada keputusan ini, tak ada perubahan dah lah. Kita terima keputusan. Alhamdulillah, keputusan itu bermakna kita kekal dalam Pakatan Rakyat dan saya menyokong apa diputuskan,” katanya.