"Internet Kelajuan Tinggi Bertentangan Dengan Syariat Islam" Fatwa Terbaru Ulama Iran

Ulama tertinggi Iran berpendapat Internet kelajuan tinggi bertentangan dengan syariat Islam.

Fatwa Terbaru Dikeluarkan Oleh Salah Seorang Ulama Tertinggi Di Iran, Nasser Makarem Shirazi Menyatakan Internet Berkelajuan Tinggi Dan 3G Adalah Bertentangan Dengan Syariat Islam

Ulama tertinggi di Iran, Nasser Makarem Shirazi.

Image via presstv.ir

Salah seorang ulama tertinggi di Iran, Nasser Makarem Shirazi mengeluarkan fatwa terbaru yang menyatakan Internet berkelajuan tinggi dan 3G adalah bertentangan dengan syariat Islam.

Menerusi Laman Web iranhumanrights.org, Beliau Berkata Salah Satu Sebabnya Ialah Kerana Internet Berkelajuan Tinggi Yang Tidak Ditapis Berupaya Menjejaskan Nilai Moral Manusia

Soalan mengenai isu ini telah dibangkitkan oleh sekumpulan aktivis alam siber kepada beliau melalui laman web iranhumanrights.org.

Perkhidmatan Internet generasi ketiga (3G) dan Internet berkelajuan tinggi, sebelum dikawal dan ditapis oleh kerajaan Iran adalah bertentangan dengan syariat Islam dan berupaya menjejaskan nilai moral manusia.

Image via fiberforall.org

Beliau berkata semua perkhidmatan Internet generasi ketiga (3G) dan Internet berkelajuan tinggi, sebelum dikawal dan ditapis oleh kerajaan Iran adalah bertentangan dengan syariat Islam dan berupaya menjejaskan nilai moral manusia.

Beliau juga menyeru seluruh pegawai kehakiman di Iran agar tidak mempunyai pandangan yang berbeza dan mesti bersifat teguh berkenaan isu penting ini.

Dalam Pada Itu, Penyokong Fanatik Konservatif Iran Berhasrat Untuk Menguatkuasakan Penapisan Internet Yang Ketat Dan Melaksanakan Kawalan Ke Atas Semua Maklumat Yang Diperoleh Melalui Internet

Penyokong fanatik konservatif Iran berhasrat untuk menguatkuasakan penapisan Internet yang ketat dan melaksanakan kawalan ke atas semua maklumat yang boleh didapati melalui Internet.

Image via wordpress.com

Negara Iran telah berhadapan dengan masalah akses Internet secara berterusan dalam kalangan penyokong fanatik konservatif, yang berhasrat untuk menguatkuasakan penapisan Internet yang ketat dan melaksanakan kawalan ke atas semua maklumat yang boleh didapati melalui Internet.

Krisis akses Internet telah berlangsung sejak beberapa ketika di Iran.

Image via usnews.com

Pihak berkuasa Iran dikatakan sering melambatkan kelajuan Internet dengan sengaja sebagai salah satu cara untuk menjadikan Internet tidak dapat digunakan dengan berkesan, sambil menafikan rakyat negaranya akses yang diperlukan untuk kegunaan profesional, pendidikan, dan komersial.

Walau Bagaimanapun, Presiden Iran, Hassan Rouhani Pula Ingin Memenuhi Permintaan Jutaan Rakyat Iran Dengan Meningkatkan Lagi Kelajuan Jalur Lebar Internet Kepada Dua Hingga Tiga Kali Ganda

Baru-baru ini, tiga juta permintaan baru untuk perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi telah difailkan oleh rakyat Iran.

Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Image via telegraph.co.uk

Semasa kempen pilihan raya Presiden pada tahun 2013, Hassan Rouhani memberi respon kepada permintaan penyokongnya untuk akses Internet berkelajuan tinggi dengan berkata, "Kita berada di dalam situasi dimana para penyelidik dan pelajar-pelajar kita ingin menggunakan Internet. Rakyat Iran sememangnya berhak menerima sesuatu yang lebih baik."

Tidak lama selepas menjawat jawatan Presiden, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Iran, Mahmoud Vaezi, berkata pada Disember 2013, kelajuan internet akan ditingkatkan kepada dua hingga tiga kali ganda daripada kadar yang sedia ada. Beliau juga yakin akan menangani isu akses Internet negara Iran sekali gus dapat memenuhi permintaan rakyat yang telah sekian lama menginginkan kelajuan Internet yang lebih tinggi.

Usaha Kerajaan Itu Bagaimanapun Mendapat Tentangan Daripada Ahli-Ahli Agama, Para Ulama Dan Pegawai Keselamatan Iran. Mereka Khuatir Internet Berkelajuan Tinggi Akan Memberi Kesan Mudarat Kepada Rakyat.

Pentadbiran Hassan Rouhani akan menghadapi masa yang sukar dalam menyediakan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi kepada rakyat Iran kerana mendapat tentangan hebat daripada para ulama, ahli-ahli agama dan pegawai keselamatan.

Majoriti ahli konservatif Parlimen Iran mahu pentadbiran Hassan Rouhani untuk tidak meneruskan rancangan mereka dalam menyediakan perkhidmatan Internet yang lebih pantas, sebaliknya terus membangun dan memantapkan "National Information Network", (Intranet Negara) yang telah dimulakan di bawah pentadbiran Ahmadinejad sebelum ini yang akan memberi kerajaan kawalan sepenuhnya ke atas jumlah akses Internet di Iran.

Namun Begitu, Usaha Ahli Agama Iran Ini Dikatakan Melanggar Perjanjian Yang Telah Dikeluarkan PBB Pada Tahun 2012. Dalam Perjanjian Itu, PBB Menyatakan Semua Orang Berhak Untuk Mendapat Akses Kepada Internet.

PBB melarang mana-mana kerajaan untuk menyekat akses Internet kepada rakyat.

Image via spiegel.de

Batasan yang dikenakan para ulama di Iran ke atas penggunaan Internet ini melanggar perjanjian yang telah dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2012. Dalam perjanjian tersebut, PBB menyatakan bahawa akses Internet adalah hak bagi semua bangsa di dunia yang perlu dihormati oleh sesebuah kerajaan.

iranhumanrights.org

Leave a comment