Diserang Stroke, Pemuda Ini Nekad Bina Tangan ‘Iron Man’ Daripada Besi Buruk
Fantasi kini jadi realiti. Mahu berjumpa Iron Man anda boleh ke Bali.
Tahukah anda berbekalkan besi buruk pun dah membolehkan anda menjadi 'Tony Stark'? Betul ke ni?
Ya, BETUL TU!
Kalau di Amerika Syarikat kita mengenali Robert Downey Jr. yang memegang watak Tony Stark menerusi filem **Iron Man. Semua kenal kan? OK tapi...
...bukan filem tersebut yang nak kami ceritakan. Sebenarnya baru-baru ini kecoh di Bali, Indonesia mengenai seorang pemuda yang berjaya mencipta tangan bionik untuk menggerakkan tangannya yang lumpuh.
Pemuda tersebut adalah Wayan Sumardana Sutawan, berasal dari Bali, Indonesia
Wayan Sumardana Sutawan, berjaya mencipta tangan unik itu meskipun dia bukan daripada golongan mempunyai latar belakang pendidikan kejuruteraan fizikal mahupun mekanikal.
Tawan memberitahu dia mendapat ilham mencipta tangan bioniknya itu, melalui adaptasi filem Iron Man.
Menurut Sutawan atau lebih familiar sebagai Tawan di daerahnya, dia mendapat ilham untuk mereka robot tangan tersebut daripada filem Iron Man yang diminati ramai itu. Tawan memberitahu dia pada mulanya disahkan menghidapi penyakit angin ahmar sejak enam bulan lalu dan menyebabkan tangan kirinya susah untuk bergerak.
Tawan yang bekerja sebagai buruh besi mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Mereka sekeluarga hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Lelaki berusia 31 tahun ini diberitahu doktor bahawa penyakitnya itu akan menyebabkan dia sukar melakukan kerja. Disebabkan itu, Tawan mencari idea bagaimana untuk memulihkan semula tangannya supaya dapat bekerja mencari rezeki buat isteri dan ketiga-tiga anaknya.
"Nangis saya, stress saya, pikir masa depan sudah ilang. Anak kan masih kecil, masih sekolah, makan gimana? Cari uang gimana? Kalau mau mencuri juga sulit tangan satu," katanya menceritakan perasaan ketika mengetahui tangan kirinya tak bisa digerakkan.
bbc.comTapi yang hebatnya mengenai Tawan, dia hanya berpandukan video di YouTube dan menggunakan barangan terpakai di bengkel tempat dia bekerja sahaja
Sungguh tak sangka, dengan hanya berpandukan video di YouTube saja seseorang mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa seperti yang dilakukan Tawan.
Kalau sebelum ni, kita mungkin hanya melayari YouTube untuk menonton muzik video, mencari resepi kek red velvet dan tiramisu, tutorial tudung dan shawl, tapi kali ini apa kata kita cuba lakukan seperti apa yang dilakukan pemuda Indonesia ini.
Tambahan lagi, tangan bioniknya itu diperbuat daripada barangan terpakai di bengkel tempat dia bekerja. Hebat gila!
Disebalik kehebatan tersebut, Tawan sebenarnya telah berkali-kali gagal dan hampir putus asa. Namun begitu, dia tetap bertekad meneruskan hasratnya itu demi keluarga tercinta.
Tawan sudah berkali-kali gagal semasa mencipta alatan canggih tersebut, namun berkat ketekunan dan kesabarannya, dia akhirnya berjaya menjadi ‘Tony Stark’ versi Indonesia yang mana tangan bionik tersebut mampu digerakkan dengan menggunakan otak.
Menggunakan Otak? Macam mana lah cara dia buat agaknya.
"Alat ini belum sempurna, tetapi sudah lumayan membantu saya. Tanpa alat ini saya sama sekali tak bisa bekerja menggunakan tangan kiri. Namun dengan bantuan ini, menggangkat beban berat juga bisa. Dengan alat ini, kekuatannya jauh lebih besar," paparnya.
balipost.comOleh yang demikian, dia digelar ‘Iron Man Bali’ daripada media-media tempatan Indonesia. WOW!
Sejurus dengan kejayaan Tawan ini, media-media Indonesia mula meggelarnya Iron Man Bali. Amboi seronok betul kan kalau digelar Iron Man? Rasa seperti SUPER HERO pulak!
SYABAS Tawan!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!