seismik

Israel & Hamas Akhirnya Setuju Gencatan Senjata, Penduduk Palestin Raikan Rasa Gembira

Peperangan Israel di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak 7 Oktober 2023.

Cover image via @islamify (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula Ahad ini untuk menghentikan perang selama 15 bulan yang dahsyat di Gaza

Menurut laporan, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani, berkata perjanjian itu akan membawa kepada pembebasan tawanan Israel dan lonjakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pada sidang media di Doha, Sheikh Mohammed, berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Beliau turut memaklumkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Image via Berita Harian

Kedua-dua pihak setuju bebaskan tahanan dengan selamat

Menteri Luar Israel, Gideon Saar, berkata beliau memendekkan lawatannya ke Eropah dan pulang ke Israel supaya dapat mengambil bahagian dalam kabinet keselamatan dan undi kerajaan mengenai pembebasan tebusan Gaza dan perjanjian gencatan senjata.

Terdahulu, seorang pegawai Israel, memaklumkan Hamas bersetuju dengan cadangan yang dikongsi pengantara Qatar, walaupun pejabat Netanyahu, tidak lama selepas itu, berkata Hamas masih belum memberikan jawapan.

Pegawai daripada pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) serta Israel dan Hamas, pada Selasa berkata, perjanjian lebih hampir dicapai, berbanding sebelum ini untuk gencatan senjata di kawasan yang dikepung, pembebasan tebusan yang ditahan di sana dan pembebasan tahanan Palestin yang ditahan di Israel.

Sebelum ini, tentera Israel mempertingkat serangan ke atas Gaza, mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan dan beberapa rumah di seluruh Semenanjung, yang membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Peperangan Israel di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak 7 Oktober 2023.

Sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel ketika serangan pimpinan Hamas dalam kejadian itu dan lebih 200 orang ditawan.

Sementara itu, dalam satu video yang tular memaparkan rakyat Palestin bersorak gembira dengan keputusan tersebut.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: