seismik

Isteri Mr. R Dakwa Hanez Suraya Seorang Perampas

Hanez Suraya dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang hanya dikenali dengan nama 'Mr. R'.

Cover image via blogspot.com

[TERKINI] Hanez Suraya Kini Putus Cinta Kerana Tak Tahan Dicemuh

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai yang menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.

ohbulan.com

Menerusi akhbar Metro Ahad, Hanez menyatakan bersedia mengundur diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.

ohbulan.com

Hanez Suraya undur diri demi kebahagiaan Romie dan Liyana.

Image via Instagram Hanez Suraya

“Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang."

hmetro.com.my

“Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini,” katanya.

hmetro.com.my

Hanez Ternyata Kecewa Kerana Sering Dikaitkan Menjadi Punca Keretakan Rumahtangga Romie Dan Isterinya, Liyana Manan

Hanez serik menjadi bahan cemuhan dan hinaan orang ramai.

Image via Instagram Hanez Suraya

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.”

astrogempak.com.my

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya," tegas Hanez.

astrogempak.com.my

Sementara Itu, Hanez Juga Berharap Agar Romie Dan Liyana Dapat mencari Jalan Penyelesaian Yang Terbaik Tanpa Perlu Mengaitkannya Lagi

Hanez berharap namanya tidak akan dikaitkan lagi dengan Romie.

Image via Instagram Hanez Suraya

"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya."

hmetro.com.my

"Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus," jelasnya lagi.

ohbulan.com

16 Jun: Liyana Manan Batalkan Tuntutan Fasakh Terhadap Kekasih Hanez Suraya

Liyana Manan dan Hanez Suraya.

Image via ohbulan.com

Mahkamah Rendah Syariah membenarkan permohonan Nur Liyana Manan untuk menarik balik tuntutan fasakh terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd. Jais yang juga kekasih kepada pelakon Hanez Suraya pada 16 Jun 2014.

malaysiandigest.com

Bagaimanapun, sebarang rundingan masih belum dibuat berkenaan kes tersebut kerana dikhabarkan Romie baru saja kehilangan bapanya.

ohbulan.com

Menerusi Akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’, Ramai Pengikutnya Yang Menyokong Tindakan Liyana Menarik Semula Permohonan Tersebut

Image via imgur.com

Malah dek kerana penarikan semula itu, ada pihak yang mengatakan Hanez Suraya bakal didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Liyana ni. Betul atau tidak?

ohbulan.com

Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzzaman Yang Mewakili Liyana Memaklumkan Bahawa Anak Guamnya Dan Defendan, Romie Razin Adilha Bersetuju Untuk Bercerai Secara Baik Melalui Talak

Menurut Kamar Ainiah, pihaknya akan memfailkan semula permohonan untuk bercerai secara baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

malaysiandigest.com

“Kita belum tahu bila mahu failkan (cerai talak), kalau tidak banyak syarat cepatlah. Tambahan, talak itu di tangan suami, kalau dia mahu cerai hari ini, esok pun kita boleh failkan tetapi mungkin lepas hari raya (Aidilfitri),” kata beliau.

malaysiandigest.com

Untuk Makluman, Liyana Manan Sebelum Ini Memfailkan Tuntutan Fasakh Pada 1 Oktober 2013

Liyana, 29, sebelum ini selaku plaintif memfailkan fasakh terhadap Romie, 34, di bawah Seksyen 53 enakmen sama pada 1 Oktober 2013.

malaysiandigest.com

30 Mac: Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Teater Projek Kahwin?

Kilafairy dikatakan bakal menggantikan Hanez Suraya dalam pementasan Projek Kahwin.

Image via ohbulan.com

Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.

mstar.com.my

Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.

mstar.com.my

Namun, Masih Belum Ada Kontrak Yang Ditandatangani Kilafairy Bersama Pihak Pementasan Teater Tersebut

Kilafairy pernah digelar sebagai Angelina Jolie Malaysia.

Image via hype.my

"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang disenarai pendek untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi."

tupai.com.my

"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut. Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," ujar penerbit teater "Projek Kahwin", Mohd Amer Shafiq Khalip katau Shawn Amer.

tupai.com.my

21 Mac: "Cinta Saya Dan Romie Direstui Keluarga" Hanez Suraya

Hanez Suraya dan Romie Razin

Image via malaysiandigest.com

Hanez Suraya mendedahkan yang beliau tidak tertekan dengan perkembangan terbaru dan berkata semua orang mempunyai masalah.

rotikaya.com

“Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang ada pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu,” kata Hanez.

rotikaya.com

Menurut Hanez, Keluarga Mereka Berdua Tidak Ada Masalah Dengan Segala Kontroversi Yang Menghimpit Dirinya Dengan Romie

"Keluarga tidak ada masalah. Sejak daripada awal lagi mereka sudah tahu dan merestui hubungan saya dan Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini."

utusan.com.my

"Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting. Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain," tambah Hanez lagi.

beautifulnara.com

19 Mac: Takut Dicemuh, Hanez Suraya Tarik Diri Daripada Menjadi Penyampai Trofi ABPBH

Hanez Suraya

Image via www.listal.com

Terbaru, Hanez yang yang dijangkakan bakal menjadi penyampai trofi pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) nanti, telah membuat keputusan untuk mengundur diri.

ohbulan.com

Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH

Image via galaksi-media.com

Di kala kontroversi yang masih panas melanda, takut-takut apabila Hanez muncul di atas pentas untuk menyampaikan trofi kepada pemenang ABPBH2012, bukannya tepukan yang kedengaran tetapi “boo” dan cemuhan yang akan berkumandang kelak. Siapa yang akan malu? Hanez Suraya jugak.

beautifulnara.com

"Saya Yakin Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya," Kata Hanez Suraya

"Berat untuk saya membuat keputusan ini, tetapi demi kebaikan semua, saya nekad melakukannya. Saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya," kata Hanez.

beautifulnara.com

Menerusi laporan, Hanez berkata keputusan itu diambil untuk meredakan semua cerita panas mengenai hubungannya dengan jejaka bernama Romie Razin Adilha.

ohbulan.com

Hanez juga menyatakan dirinya perlu sedikit masa untuk berdepan dengan semua perkara yang telah terjadi dan tidak akan menuding jari kepada sesiapa pun.

ohbulan.com

17 Mac: Hanez Suraya Bukan Lagi Duta Aura White Apabila Kontraknya Dibatalkan

Hanez Suraya sebagai duta jenama Aura White

Image via ohartis.com

Semua tahu yang setahun lalu, Hanez Suraya telah dilantik sebagai duta dan jurucakap kepada produk kecantikan Aura White dan pelantikan beliau ini sejajar dengan imej beliau ketika itu yang bersih dari kontroversi dan memiliki kecantikan tersendiri.

rotikaya.com

Sebuah artikel di Berta Harian

Image via ohartis.com

Namun selepas terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang jejaka berstatus suami orang dan menjadi perhatian ramai termasuk pernah menjadi muka hadapan di akhbar tempatan, Aura White khabarnya mengambil keputusan drastik.

rotikaya.com

Hanez Suraya Juga Mengaku Kini Peminatnya Semakin Berkurangan Gara-Gara Kontroversi Merampas Suami Orang

Image via aurawhite.net

Disebabkan kontroversi itu juga ramai peminat mula memandang serong terhadap pelakon ini. Malah, Hanez sendiri mengaku peminatnya kini sudah berkurang hingga tinggal dua peratus sahaja.

malaysiandigest.com

Sebelum Ini, Peminat Ingin Melancarkan 'Gerakan Baling Telur' Kepada Hanez Suraya

Hanez Suraya

Image via listal.com

Terkini, ada desas-desus mengatakan ada pihak mahu membuat ‘Gerakan Baling Telur’ kepada Hanez semasa pementasan Teater Projek Kahwin berlangsung kelak.

ohbulan.com

Tindakan untuk mensabotaj Hanez di teater terbitan Mask Team itu dikatakan dirancang oleh pihak yang amat marah dengan tindakan pelakon itu.

ohbulan.com

Jika Benar Gerakan Ini Dilancarkan, Ianya Akan Menjejaskan Bukan Sahaja Periuk Nasi Hanez Suraya Malah Turut Membabitkan Krew Yang Lain

Teater Projek Kahwin

Image via ohbulan.com

Penerbit ‘Teater Projek Kahwin’, Amir Shawn ketika dihubungi mengatakan bahawa ianya adalah tidak wajar untuk mensabotaj teater tersebut semata-mata kerana isu Hanez.

ohbulan.com

“Saya rasa semua itu sekadar isu mainan siber sahaja. Bukan mahu mencabar, tetapi negara mempunyai undang-undang dan janganlah buat benda yang sedemikian. Lagipun, Istana Budaya merupakan pentas bertaraf antarabangsa dan sudah pasti kawalan keselamatan lebih ketat.”

ohbulan.com

“Saya harap penonton dapat memberi sokongan kepada naskhah yang ingin dipentaskan kerana ianya juga membabitkan ramai pelakon lain. Isu Hanez itu haruslah ditolak ketepi kerana setakat ini pelakon itu tidak memberi sebarang masalah kepada pihak produksi.”

ohbulan.com

10 Mac: Hanez Suraya Pertimbang Membuat Laporan Polis Berkenaan Laman Facebook 'Kami Sokong Liyana Manan'

Menerusi Berita Harian hari ini (10 Mac), Hanez Suraya berkata yang dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman Facebook ini.

beautifulnara.com

"Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis. Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya," jelas Hanez Suraya.

beautifulnara.com

Malah Hanez Suraya turut memaklumkan sebahagian gambar yang dikongsi di laman sosial itu tidak ada kaitan dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya.

beautifulnara.com

7 Mac: Sebuah Page 'Kami Sokong Liyana Manan' Diwujudkan Di Facebook

Page 'Kami Sokong Liyana Manan' di Facebook

Image via beautifulnara.com

Tak sampai sehari ditubuhkan, telah lebih 6,000 LIKE diperolehi untuk laman ini. Nampaknya Liyana Manan tidak berseorang mengharungi cabaran ini. Semoga dengan kata-kata sokongan yang ditulis oleh pembaca di laman ini akan menaikkan lagi semangat Liyana.

beautifulnara.com

Lebih Menarik, Laman Ini Turut Mendedahkan Beberapa Keping Lagi Gambar Mesra Hanez Suraya Bersama Mr. R

Senang cerita, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan turut bertindak sebagai CSI untuk membongkar apa yang telah dilakukan oleh Hanez bersama Romie.

beautifulnara.com

6 Mac: Chef Wan Kritik Isu Percintaan Hanez Suraya Dan Mr. R Di Instagram

Image via c3a.org

Post Chef Wan di laman instagram miliknya

Image via instagram

“Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive."

wowartis.com

"Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?"

wowartis.com

"These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang."

wowartis.com

"I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused."

beautifulnara.com

"I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer."

beautifulnara.com

Siapa Sokong Chef Wan Angkat Tangan!

Image via tumblr.com

5 Mac: Hanez Suraya Gesa Isteri Kekasihnya Mohon Maaf

Sidang media Hanez Suraya di One World Hotel pada 5 Mac

Image via mstar.com.my

Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

mstar.com.my
Image via beautifulnara

"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," kata Hanez.

mstar.com.my

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan. Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini.”

mynewshub.my

Hanez Suraya Menjelaskan Perkenalannya Dengan Mr. R Baru Sahaja Memasuki Tiga Bulan Dan Mereka Tidak Pergi Ke Bangkok Hanya Berdua

Image via ping.busuk.org

"Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas," tambah Hanez.

mstar.com.my

Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.

mstar.com.my

Nak Tahu Identiti Mr. R Yang Sebenar?

Image via ping.busuk.org

Inilah Dia!

Hanez Suraya dan Mr. R

Image via beautifulnara
Image via beautifulnara

Siapakah Mr. R Ini?

Mr. R

Image via beautifulnara

Nama sebenar Mr. R ialah Romie Razin Adilha Bin Abd Jais. Berumur 34 tahun, Romie merupakan seorang ahli perniagaan bagi syarikat RRA Sdn. Bhd.

beritasemasa.com.my

Selain itu, Romie juga merupakan salah seorang ahli Majlis Perkasa Selangor.

beritasemasa.com.my

Sebuah status yang dipercayai dimuat naik oleh Romie

Image via beritasemasa.com.my

Mr. R atau Romie Razin Turut Sama Hadir Ke Sidang Media Tersebut Bagi Memberi Keterangan Lanjut

Mr. R bersama peguamnya, Rubiah Jaffar, peguam Hanez Suraya, Wan Nor Liyana Abdul Rahman dan Hanez Suraya

Image via beritaharian
Image via mynewshub.my

"Hanez Suraya Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Saya Dan Liyana," Jelas Romie Razin

Image via ohbulan

Romie membela kekasihnya dengan berkata, "Hanez langsung tidak bersalah dalam hal ini. Pada saya, jika dia (Liyana) dalam keadaan marah, dia akan bercerita apa saja, maklumlah orang perempuan kan."

ohbulan.com

"Tetapi, apa yang boleh saya katakan, Hanez bukanlah punca kami berantakan dan untuk makluman, rumahtangga kami sudah berkocak sebelum saya mengenali Hanez lagi," tambah Romie lagi.

ohbulan.com

Menurut Romie, Isterinya, Liyana Sudah Memfailkan Penceraian Sebanyak Dua Kali

“Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku, sebelum saya mengenali Hanez lagi."

mynewshub.my

"Saya berkenalan dengan Hanez pada Disember tahun lalu manakala rumahtangga kami bermasalah sejak tahun 2011 selepas dia sendiri memfailkan cerai dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013."

murai.com.my

"Isu percutian di Bangkok pula, saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua," jelasnya lagi.

beautifulnara.com

Manakala Liyana Pula Enggan Memohon Maaf Kepada Hanez Suraya Kerana Merasakan Dirinya Tidak Bersalah

Isteri Romie, Liyana Manan

Image via rotikaya.com

"Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi."

rotikaya.com

"Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu."

rotikaya.com

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” ujar Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri Mr R.

rotikaya.com

Jadi, Sekarang Ni Siapa Yang Betul?

4 Mac: "Karier Saya Masih Tidak Terjejas" Hanez Suraya

Image via ohartis

'Setakat ini saya rasa karier saya tidak terjejas. Masih ada beberapa tawaran yang datang tapi kerana masalah ini saya terpaksa tolak. Saya tidak mahu bekerja dalam keadaan tertekan, biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum kembali bekerja," kata Hanez Suraya.

beautifulnara.com

"Keluarga saya tidak ada apa-apa masalah. Bukanlah nak kata mereka menyokong apa yang terjadi, tapi mereka mengetahui dan sudah diberitahu mengenai kedudukan sebenar. Malah, orang yang rapat dengan saya juga memahami segala yang berlaku dan mereka memberi sokongan kepada saya untuk menghadapi situasi yang berat ini," jelasnya lagi.

beautifulnara.com

Difahamkan, Produk AuraWhite Kini Diboikot Keras Hanya Kerana Hanez Suraya Merupakan Duta Jenama Tersebut

Image via beautifulnara

"Dalam kemelut yang berlaku ini saya minta semua pihak tidak mengait dan melibatkan AuraWhite dengan hal peribadi saya kerana saya hanya duta produk tersebut."

mazeermohamad.com

"Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut," ujar Hanez.

sinarharian.com.my

Menurut Hanez, Sidang Media Akan Diadakan Secepat Mungkin Bagi Menyelesaikan Kemelut Yang Menghimpit Dirinya

Image via kosmo

"Saya tenang menerima semua ini, namun saya sedih dengan orang yang mendengar dan menghukum saya menerusi cerita sebelah pihak sahaja."

sinarharian.com.my

"Tapi tidak adil mereka menghukum saya tanpa bukti yang sahih, bagi peluang saya menjelaskan perkara sebenar dan saya juga amat berharap peminat saya dapat beri masa untuk saya."

mazeermohamad.com

"Saya sudah ada tarikh dan masa untuk mengadakan sidang media, cuma sekarang hanya ada masalah dengan lokasi. Sebaik sahaja semuanya lengkap, saya akan panggil semua media dan jelaskan segalanya pada sidang media berkenaan," jelas Hanez.

mazeermohamad.com

3 Mac: Rita Rudaini Menyokong Isteri Kekasih Hanez Suraya

Rita Rudaini

Image via myartis.my

Barangkali cukup memahami situasi yang sedang dialami Liyana Manan, Rita menerusi laman Instagram miliknya telah menasihati wanita itu supaya bersabar dan terus tabah demi anak-anak.

ohbulan.com

Laman Instagram Rita Rudaini

Image via imgur.com

"Dear @liyanamanan…sabar lah wahai sahabatku..Berdoa byk2 pdNYA.. Sy sgt sedih, jaga anak2mu sebaiknya, kuat demi anak2..ALLAH sentiasa bersama kita…”

mynewshub.my

Peminat Dan Pengikut Rita Turut Menyokong Liyana Melalui Komen Positif Yang Diberikan

Image via ohbulan.com

Mungkin Rita boleh dijadikan sebagai contoh terbaik memandangkan pelakon jelita itu sendiri dilihat cukup kuat menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal biarpun kes tuntutan nafkah anak-anaknya masih belum selesai sehingga kini.

blogspot.com

2 Mac: Isteri 'Mr. R', Liyana Manan Tampil Memberi Keterangan Menerusi Ruangan BiPop Berita Harian

Image via wp.com

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan yang bermain di minda para pengikut kisah Hanez Suraya dan kekasihnya yang kononnya duda beranak dua.

beautifulnara.com

“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu sedangkan saya masih isteri R yang sah,” ujar isteri R atau nama sebenarnya Nurliyana Abd Manan.

rotikaya.com

"Tahap Kesabaran Saya Memuncak Apabila Hanez Memuat Naik Gambar Bersama-Sama Anak Saya Ke Dalam Laman Instagram," Liyana Manan

Gambar Hanez bersama anak-anak Liyana

Image via wp.com

"Saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah, 8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman Instagram."

beautifulnara.com

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!” kata Liyana.

rotikaya.com

Liyana Walau Bagaimanapun Mengaku Hubungan Dia Dengan Suami Kini Sedang Bergolak

"Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah. Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan."

sensasimalaysia.com

"Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak."

beautifulnara.com

"Konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya,” jelas Liyana lagi.

sensasimalaysia.com

Tambah Menyedihkan Apabila Liyana Turut Mendedahkan Gambar-Gambar Percutian Hanez Dengan 'Mr. R' Ke Bangkok

Bersama-sama ada beberapa keping gambar ekslusif di mana dilihat kelibat artis Malaysia yang sedang hangat ini, Hanez Suraya & suami Liyana Manan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok, Thailand.

beritasemasa.com.my

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R,” pesannya kepada Hanez Suraya.

rotikaya.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via blogspot.com

Sebelum Ini, Hanez Menyangkal Dakwaan Dia Bercinta Dengan Suami Orang

Melalui kenyataannya dalam Melodi, Hanez seolah-olah terkejut apabila didakwa merampas suami orang. Hanez turut menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang risiko jika dia tahu bakal suaminya itu merupakan suami orang.

ohbulan.com

"Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang," jelas Hanez.

beautifulnara.com

Tak Percaya? Video Penafian Hanez Suraya Ada DI SINI:

Unsupported video platform

Namun, Hanez Segera Memohon Maaf Setelah Status Sebenar Lelaki Tersebut Diketahui Umum

"Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang."

beautifulnara.com

"Saya juga tidak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa yang berlaku biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu," katanya.

tupai.com.my

Cuba Anda Bayangkan Bagaimana Rasanya Jika Pasangan Anda Bercinta Dengan Orang Lain Sehingga Pergi Melancong Bersama. Macam Inikah?

Image via wordpress.com

Kontroversi Memang Takkan Lari Daripada Hidup Seorang Artis. BACA SINI:

You may be interested in: