seismik

Isu Akaun Parodi Atau Palsu Di Media Sosial, Tindakan Undang-Undang Sivil Boleh Dikenakan

Orang awam diminta melaporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya.

Cover image via Bernama

Agensi dan individu yang terkesan dengan akaun parodi atau palsu boleh mengambil tindakan undang-undang sivil

Image via Malaysia Kini

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, tindakan itu adalah hak masing-masing dan negara juga mempunyai undang-undang lain yang boleh diguna pakai bagi menangani mereka yang menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan tertentu selain bertujuan menjejaskan masyarakat.

“Akaun parodi bukan sahaja masalah di Malaysia, akaun parodi ini memang berlaku berleluasa baik dalam dan luar negara. Semua adalah sama.

Akaun parodi ini merupakan trend baharu dalam menyampaikan berita palsu, mengejek atau mencerca di media yang menggunakan nama dan jenama atau logo yang hampir serupa dengan badan atau pertubuhan yang dikenali ramai atau orang kenamaan.

“Akaun parodi ini selalunya dinaikkan melalui platform global iaitu Twitter atau Facebook yang berpangkalan di luar negara. Jadi akta dan undang-undang negara sama ada di Malaysia atau mana-mana negara lain ada limitasinya iaitu mengikut sempadan,” katanya.

"Freedom of speech but not freedom to lie"

Akaun parodi atau palsu @bermanadotcon kini meraih lebih daripada 24K pengikut di Twitter.

Image via @bermanadotcon (Twitter)

Tambahnya lagi, yang di luar negara memang susah nak banteras tetapi untuk individu dalam negara pihaknya cuba buat pendekatan agar rakyat Malaysia untuk jadi lebih bermoral iaitu nak cakap apa-apa boleh tetapi jangan menipu.

Selain itu, beliau juga memberikan beberapa contoh akaun parodi di Malaysia seperti ‘BERMANA’ yang ramai menyangka ia adalah Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan baru-baru ini [email protected] turut menjadi mangsa dengan logonya yang nampak sama tetapi ditambah dengan perkataan ‘Just Kidding’.

Akaun parodi Twitter ‘BERMANA’ @bermanadotcon itu yang mempunyai 24.6k pengikut menyampaikan berita palsu manakala akaun Twitter palsu JAKIM itu pula menyeleweng ayat al-Quran dan hadis, kesemuanya atas nama parodi yang menimbulkan masalah bagi pemilik nama sebenar iaitu Bernama dan JAKIM.

“Sebagai pengikut, mereka tidak perasan dan bila kita tengok kandungan itu dia bukan sahaja berbentuk jenaka tetapi pada masa sama mengelirukan orang ramai, ia berselindung dalam tema parodi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, SKMM memaklumkan akaun Twitter palsu @MyJAKlM telah pun digantung dan orang ramai digesa untuk lebih berwaspada dengan akaun parodi

Akaun parodi atau palsu @MyJAKlM yang dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Image via @MyJAKlM (Twitter)

“SKMM ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Twitter atas kerjasama pantas yang diberikan dalam menggantung akaun Twitter JAKIM @MyJAKIM yang mewujudkan akaun palsu dengan niat untuk memuat naik hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian dan laporkannya kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: