Isu Kes Tertukar Bayi Di Hospital Selesai, Bayi Yang Tertukar Kini Diserahkan Semula Kepada Ibu Kandung

Difahamkan, bayi tersebut kini telah selamat bersama keluarganya.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Alangkah terkejutnya ibu bapa apabila cahaya mata tertukar dengan bayi lain

Kejadian cemas ini telah berlaku semalam di Hospital Tunku Azizah (HTA) apabila bayi perempuan kepada Muhammad Harraz Haziq, 24, tertukar dengan seorang bayi lelaki.

Kejadian ini disedari isterinya selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan mereka pada 7 April lalu sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Menurut laporan daripada Harian Metro, bayi yang terpaksa ditahan di wad akibat masalah jaundis (demam kuning) telah diambil untuk tujuan ujian darah. Setelah dipulangkan, isteri Harraz tersedar bayi mereka telah tertukar dengan seorang bayi lain.

"Pada malam 8 April, jururawat datang untuk mengambil bayi kami bagi tujuan ujian darah. Kira-kira jam 5 pagi esoknya, jururawat memulangkan semula bayi dan meletakkannya di dalam inkubator.

"Bagaimanapun, pada jam 6 pagi, isteri saya mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi yang diserahkan itu adalah bayi lelaki, bukannya anak perempuan kami,"
kata Muhammad Harraz.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Bayi telah selamat dipulangkan ke pangkuan ibu bapa

Anak mereka ditemui pada 9 April, hari yang sama kejadian tertukar itu. Yang menjadi persoalan ialah mengapa bayi lelaki berkenaan mempunyai tanda nama isterinya.

Lebih mengejutkan jururawat dikatakan mempertikaikan dan menyoal Harraz kembali tetapi dia telah mempunyai bukti borang pengesahan kelahiran anak ketika isteri baru lepas bersalin. Laporan polis juga telah dibuat selepas kejadian tersebut.

Laporan lanjut daripada Harian Metro, Pengarah HTA, Dr Shamsul mengatakan tindakan pembetulan segera telah diambil sebaik sahaja perkara terbabit disedari.

Pihak hospital telah memberikan penerangan dan sokongan yang sewajarnya kepada ahli keluarga yang terlibat. Semakan mendapati tiada sebarang prosedur penyusuan atau rawatan yang menjejaskan keselamatan bayi berlaku sepanjang tempoh itu.

SAYS.com
Image via Code Blue

"HTA memahami kebimbangan dan perhatian orang ramai susulan penyebaran perkara ini di media sosial.

"Sehubungan dengan itu, pihak hospital telah mengambil tindakan segera mengikut prosedur yang ditetapkan serta memastikan aspek keselamatan dan kebajikan bayi-bayi yang terlibat sentiasa diberi keutamaan,"
katanya.

Pihak hospital akan memperkukuhkan lagi langkah kawalan dalaman bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberi dan HTA kini lebih komited untuk memastikan keselamatan pesakit adalah keutamaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: