Isu "Mak Nyah" Tuntut Hak Dan Perlindungan Sama Rata. Apa Respon Rakyat Malaysia?
Adakah nasib golongan transgender di negara ini akan terbela?
Baru-Baru Ini, Golongan Transgender Atau "Mak Nyah" Di Negara Menuntut Kepada Pihak Mahkamah Untuk Diberikan Layanan Sama Rata Dengan Masyarakat Normal Dan Mahu Dibela Dari Sudut Undang-Undang
"Kami juga dicabul, jadi mangsa seks. Sebagai manusia kami juga ada hak asasi yang perlu dibela," demikian keluhan seorang lelaki transgender mengenai nasib golongan itu dalam masyarakat.
Selain itu, aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh menuntut supaya majlis agama Islam negeri-negeri dan pihak berkuasa supaya tidak 'mengganggu' kehidupan mereka.
"Daripada pihak berkuasa sibuk merayu kes ini, kerajaan sepatutnya siasat keganasan terhadap komuniti transgender, banyak kes berlaku. Wujud keganasan melampau terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal tapi emosi dan seksual," katanya.
Permintaan Ini Merupakan Kesinambungan Kepada Keputusan Mahkamah Rayuan Yang Memutuskan Lelaki Transgender Di Negara Ini Dibenarkan Untuk Berpakaian Wanita Pada 7 November Tahun Lalu
Seperti Yang Dijangka, Isu Ini Sekali Lagi Mendapat Perhatian Hangat Dari Netizen Di Laman Sosial. Berdasarkan Tinjauan SAYS, Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Boleh Menerima Kewujudan Golongan Transgender Dalam Masyarakat.
Ramai Yang Menganggap Permintaan Terbaru Daripada Golongan Transgender Ini Sebagai Melampau Dan Tidak Patut Dipertimbangkan. Malah Jika Dibiarkan, Golongan Ini Dikhuatiri Akan Menjadi Semakin Agresif Dalam Memperjuangkan Hak Asasi Mereka.
Menurut Netizen, Perkara Ini Tidak Sepatutnya Terjadi Di Sebuah Negara Islam Seperti Malaysia. Masing-Masing Menjadikan Negara Brunei Sebagai Contoh Yang Patut Diteladani Serta Memuji Sultan Brunei Yang Sentiasa Taat Kepada Perintah Allah.
Disamping Itu, Ada Juga Yang Menyifatkan Tindakan Mencemuh, Menghina Dan Mengeji Golongan Transgender Ini Hanya Akan Mengeruhkan Lagi Keadaan. Sebaliknya, Lebih Elok Jika Orang Ramai Memberi Bimbingan Kepada Mereka.
Isu Ini Turut Mendapat Perhatian Bekas "Mak Nyah", Mohd Khariri Mohamad Ramli Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Cikgu Erin. Menurutnya, Perjuangan Hak Asasi Oleh Golongan Transgender Ini Hanyalah Sia-Sia Dan Takkan Kemana.
Golongan transgender yang menuntut agar hak mereka dilindungi seharusnya bertaubat dan berhenti memperjuangkan perkara yang sia-sia kerana ia tidak akan membantu mereka untuk keluar daripada dunia fantasi itu.
"Hentikanlah perjuangan yang sia-sia ini, bagi saya tiada gunanya jika mereka mengheret kes ini ke mahkamah, kerana ia tidak mampu menjernihkan keadaan sebaliknya ibarat mimpi ngeri kepada semua golongan mak nyah di Malaysia. Malaysia sebuah negara Islam, masyarakat memang akan menentang golongan transgender dan ini hanya akan menjejaskan reputasi dan nama baik negara ini," katanya.
Sementara Itu, Imam Muda Asyraf Berkata Golongan Transgender Tidak Wajar Menjadikan Alasan "Naluri Kewanitaan Mereka Terperangkap Dalam Tubuh Badan Lelaki" Kerana Hukum Islam Mengenai Lelaki Dan Wanita Sangat Jelas
"Hukum Islam mengenai lelaki dan wanita sangat jelas, dalam seperti dalam solat dan soal pembahagian harta. Sebab itu Islam melarang lelaki berpakaian seperti wanita, jika dia khunsa (dua alat kelamin) sekalipun seseorang itu perlu melihat kecondongannya ke arah mana."
"Saya berharap golongan ini kembali pangkal jalan dan mempunyai sifat toleransi... tidak menuntut hak yang sememangnya tidak boleh diberikan kepada mereka."
"Mereka seharusnya menghormati hak kerajaan, ini kerana kerajaan juga mempunyai hak untuk melindungi masyarakat awam daripada terpengaruh dengan budaya tidak sihat apabila golongan lelaki berpakaian seperti wanita di tempat awam," jelas Asyraf.