seismik

JAIPP Hentikan Majlis Pengebumian Orang Cina Di Georgetown

Sebuah upacara pengebumian seorang wanita Cina dihentikan oleh para pegawai dari JAIPP di Georgetown pada 9 Jun 2014.

Cover image via themalaysianinsider.com

[TERKINI] "Teoh Cheng Cheng Bukan Islam," Kata Mahkamah Syariah Georgetown

Mahkamah Syariah Georgetown memutuskan wanita yang jatuh daripada pangsapurinya Sabtu lalu, Teoh Cheng Cheng bukan beragama Islam sewaktu dia meninggal dunia.

mylaunchpad.com.my

Ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Islam beliau, Nora Teoh Abdullah menunjukkan kad pengenalan miliknya semasa upacara pengebumian di Jalan Macallum, George Town, Pulau Pinang pada 9 Jun 2014.

Image via themalaysianinsider.com

Hakim Zaim Md Yudin, dalam penghakimannya turut mengarahkan pihak yang kini menyimpan mayat Teoh supaya menyerahkannya kepada ahli keluarga Teoh serta meminta pihak polis membantu dalam urusan ini.

mstar.com.my

Zaim turut membenarkan keluarga Teoh mengambil mayatnya untuk melaksanakan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama mereka.

malaysianreview.com

Mahkamah Juga Memutuskan Yang Si Mati Tidak Pernah Memeluk Agama Islam Dan Tidak Mengamalkan Cara Hidup Islam

“Pihak Majlis Agama Islam tidak berjaya membuktikan berdasarkan dokumen bahawa si mati telah sempurna masuk Islam kerana terdapat keraguan di dalam borang tersebut iaitu tarikh yang berbeza,” kata peguam keluarga Teoh, Wan Faridul Hadi Mohd Yusof.

astroawani.com

Selain itu, anak sulung si mati yang merupakan saksi keempat juga memaklumkan kali terakhir mereka bersembahyang mengikut ajaran Buddha adalah pada bulan lepas sebelum kematian Teoh. Katanya tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan si mati pernah hadir ke JAIPP untuk mendalami agama Islam setelah proses permohonan untuk memeluk agama Islam.

astroawani.com

9 Jun: JAIPP Menghentikan Satu Upacara Pengebumian Seorang Wanita Cina Di Georgetown, Pulau Pinang Kerana Mendakwa Wanita Itu Telah Memeluk Islam

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita Cina berusia 38 tahun kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

antarapos.com

Menurut sebuah laporan, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

malaysiakini.com

JAIPP Mengambil Jenazah Wanita Itu Dan Menghantarnya Ke Sebuah Rumah Mayat Untuk Siasatan Lanjut

Pegawai JAIPP tiba di Lebuh Macallum, di mana upacara perkebumian itu diadakan pada jam 1.20 petang, 20 minit selepas polis sampai ke tempat kejadian yang memaklumkan keluarga si mati agar menghentikan majlis itu.

themalaysianinsider.com

Menurut sebuah laporan, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

Image via thestar.com.my

Selepas beberapa jam berbincang, pegawai JAIPP membawa jenazah itu pada kira-kira jam 3.50 petang dengan sebuah van dan dihantar ke rumah mayat untuk penyiasatan lanjut.

yahoo.com

Kejadian ini mengejutkan keluarga si mati yang tidak mengetahui pelayan Teoh Cheng Cheng sudah memeluk Islam.

themalaysianinsider.com

Tindakan JAIPP Itu Ternyata Menimbulkan Rasa Tidak Puas Hati Malah Ibu Mangsa Turut Mempersoalkan Mengapa JAIPP Mengambil Masa Yang Lama Untuk Bertindak Jika Benarnya Anaknya Sudah Memeluk Islam

Teoh meninggal dunia akibat terjatuh pada hari Sabtu lalu dan dikatakan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam.

malaysiakini.com

Para pegawai JAIPP mengusung jenazah untuk dibawa ke bilik mayat.

Image via blogspot.com

Ibunya, Tan Ma Suan, 64, mempersoalkan mengapa JAIPP mengambil masa begitu lama untuk bertindak jika benar anaknya sudah memeluk Islam.

yahoo.com

Dia bertanya, kenapa jabatan itu datang pada hari perkebumian dan berkata, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan itu.

themalaysianinsider.com

Walaupun Menimbulkan Kekecohan Di Tempat Kejadian, Insiden Itu Bagaimanapun Dapat Diselesaikan Secara Baik

Exco Agama Negeri, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.

Image via halalfocus.net

Exco Agama Negeri, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim berkata perkara itu diselesaikan secara baik.

yahoo.com

"Bukti menunjukkan si mati adalah seorang Islam disampaikan kepada keluarga dan mereka menerimanya. Mereka membenarkan jabatan mengambil jenazah untuk dikebumikan mengikut upacara Islam. Semuanya diselesaikan secara baik," katanya.

themalaysianinsider.com

Baru-Baru Ini Juga, Majlis Perkahwinan Sepasang Pengantin Hindu Turut Diserbu Oleh JAIS Pada 1 Jun 2014, BACA SINI:

You may be interested in: