Jampi Hael Husaini Menjadi & Berjaya Rangkul Gelaran Juara Anugerah Juara Lagu Yang Ke 32
AJL 32 telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Hael Husaini sebagai komposer dan penyanyi lagu Jampi telah meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 32 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil
Memetik laporan Harian Metro, Jampi merupakan ciptaan bersama Hael dan Ezra Kong telah menewaskan 11 lagu lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.
Finalis yang kebanyakkan terdiri daripada bakat baru dalam industri mampu membuktikan dengan persembahan yang bertenaga dan berkualiti
Berikut adalah keputusan penuh AJL 32 :-
JUARA: Hael Husaini (Jampi)
NAIB JUARA: Faizal Tahir (Sejati)
TEMPAT KETIGA: Haqiem Rusli ( Tergantung Sepi)
VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)
Lagu Sejati yang dipersembahkan vokalis Caliph Busker, Azmi Saat dan komposer Faizal Tahir dan Mike Chan telah membawa pulang gelaran Naib Juara dan menerima wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000
Tempat ketiga pula dirangkul lagu Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran nyanyian Haqiem Rusli. Mereka menerima wang tunai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi.
Syamel dan Ernie Zakri yang membawa lagu Aku Cinta diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Mereka juga akan membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.
Manakala aksi bertenaga Altimet yang menyampaikan lagu Amboi melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik. Altimet menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.
Pelbagai reaksi positif netizen berkenaan #AJL32 di media sosial. Terutamanya berkenaan dengan hos iaitu Alif Satar & Sherry Alhadad.