seismik

'Jangan Bagi MyKad Kalau Tak Boleh Cakap Melayu'

Ada individu menganggap Bahasa Melayu perlu menjadi syarat wajib untuk memohon kewarganegaraan.

Cover image via Syed Azrie/Flickr

Seorang profesor dari Universiti Utara Malaysia (UUM) mencadangkan kanak-kanak di negara ini perlu fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dahulu, baru mereka layak diberikan kad pengenalan berwarna biru

Profesor tersebut, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling mengutarakan pendapat beliau melalui tulisannya di Mingguan Malaysia, edisi hari Ahad akhbar Utusan Malaysia.

Image via SAYS

Menurut beliau, bahasa pernah menjadi satu kewajipan bagi memohon kewarganegaraan pada suatu ketika dulu.

Namun, hal ini bertukar apabila pengasas Gerakan, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon berkata rakyat Malaysia sudah pun belajar Bahasa Melayu sejak dari kecil, baik di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah vernakular.Lagi pun, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan di negara ini.

Pada masa ini, kanak-kanak diberikan kerakyatan Malaysia atas dua syarat:

1. Jika seorang atau kedua-dua ibu bapa adalah rakyat Malaysia
2. Jika seorang atau kedua-dua ibu bapa adalah pemastautin tetap di dalam negara

Datuk Zainal Kling berpendapat bahawa perlu ada syarat ketiga yang mesti dipenuhi bagi mendapatkan status warganegara iaitu bahasa.

"Sekiranya syarat ketiga, bahasa mereka, tidak dipenuhi, jangan beri kepada mereka kad pengenalan berwarna biru, tetapi berikan mereka kad berwarna merah buat sementara waktu," kata Zainal, merujuk kepada MyKad merah untuk penduduk tetap.

Menurut beliau lagi, golongan profesor di Malaysia sepatutnya sudah mampu menulis buku mengenai teknologi dalam Bahasa Melayu

"Kita mempunyai tenaga kerja, kita ada 10,000 ahli akademik dari 20 universiti awam dan dari beratus-ratus universiti swasta untuk menghasilkan penulisan berbentuk teknikal dalam Bahasa Melayu.

"Kita tidak perlukan satu bilion warga China belajar Bahasa Inggeris untuk menghantar rakyat China ke bulan, tidak perlu. Kita hanya memerlukan beberapa ratus orang untuk memahami bahasa asing.

"Kita juga tidak perlukan 31 juta rakyat Malaysia belajar Bahasa Inggeris untuk memahami teknologi. Malah, hanya satu peratus sudah cukup dan kemudian kita ajar dalam Bahasa Melayu. Ini yang sepatutnya berlaku," katanya.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS:

You may be interested in: