seismik

'Bila Besar Nanti Belajar Rajin-Rajin. Jangan Jadi Macam Akak Ni, Kerja Kedai Buku Je'

Judgemental sungguh!

Cover image via SAYS

Image via poskod.my

Baru dua hari bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai buku dan alat tulis. Ya, inisiatif saya untuk mengisi masa sementara menunggu panggilan temuduga. Saya lebih suka kerja yang ada interaksi dengan manusia. Jadi saya rasa, tak salah saya mencuba cari pengalaman bekerja sebagai pembantu jualan.

Namun peristiwa hari ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan peringatan kepada kita manusia, terutama pada sahabat yang telah bergelar ibubapa atau bakal menjadi ibubapa.

Image via mynewshub.cc

Kisahnya, saya masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja dan suasana susun atur kedai. Kedai tersebut agak besar dengan lajur-lajur susunan buku yang pelbagai. Ya, saya masih belajar. Bermula sebagai orang baru.

Datang seorang pelanggan.

"Dik, boleh carikan ribbon ni satu gulung? Ada tak?" pinta pelanggan yang datang bersama anak lelakinya berusia lingkungan 5-6 tahun.

"Oh ada rasanya. Nanti saya cuba cari. Sat naa." kata saya sambil pergi mendapatkan bantuan rakan sekerja dan mencari barang yang dikehendaki kerana saya masih belajar tentang selok belok susun atur barang dalam kedai.

Image via blogspot.com

Selepas beberapa minit kemudian (sedikit terlambat), sambil membawa riben tersebut.

"Lambatnya cari riben segulung ja pun dik oi," katanya.

Saya hanya tersenyum dan cuba tak mahu memberi alasan 'sebab baru kerja dua hari'.

Sambil berpaling ke arah anaknya, dia berkata, "Ha Danish, dengar ni cakap Mama. Bila besar nanti kena belajar rajin-rajin and cepat buat kerja. Kalau buat kerja lambat, nanti jadi macam kakak ni, kerja di kedai buku ja. Dah jom pi bayaq kat cashier," mereka terus berlalu pergi.

Image via giphy.com

Saya speechless. Tapi untuk 5 saat saya terdiam sambil rasa nak tergelak.

Yang kerja bersama saya... Semuanya lepasan ijazah. Ada yang sedang menanti menyambung pengajian sarjana.

Dalam fikiran saya ketika itu, cuma kasihan kepada budak lelaki itu.

I wish someday, your mom will change the way she nurture you as you grow up.

Atau ini memang cara didikan moden buat anak-anak millenia? Heh.

Selamat malam.

Sumber: Nurlisa Kamal

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kes ini pun 2x5 jugak:

You may be interested in: