Jangan Lakukan Solat Tarawih Secara 'Online'. Dr Zulkifli Al-Bakri Jelaskan Sebabnya...
Seeloknya lakukanlah solat terawih secara berjemaah bersama keluarga ok.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia adalah solat sunat tarawih
Dalam melaksanakan ibadah ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid atau surua berbanding hanya di rumah.
Namun, susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasa ketika ini, umat Islam di negara ini dilarang untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid mahupun surau dan disaran untuk melakukan solat tarawih secara berjemaah di rumah.
Justeru, mungkin ada dalam kalangan kita yang mungkin tertanya-tanya sama ada bolehkah kita melakukan solat sunat tarawih secara dalam talian
Ini jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Memetik laporan, beliau berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian tidak dibolehkan.
Ini kerana katanya, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu mesti dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
"Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
"Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah," katanya.