seismik

Gambar Jerebu DAHSYAT Di Indonesia. Kami Harap Malaysia Tak Akan Jadi Seteruk Ini

Kalau anda rasa Malaysia dah teruk, cuba lihat Indonesia. Bacaan IPU mereka sangat tinggi sehingga mencecah 2,000!

Cover image via www.straitstimes.com

Jerebu oh jerebu, kau datang dan kembali setiap tahun sesuka hati. Dan tiap-tiap tahun pun puncanya sama, iaitu pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera, Indonesia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Seorang ahli bomba sedang berusaha memadamkan api di Ogan Ilir, Sumatera pada 12 September 2015.

Image via CNN

Isu jerebu sudah sekian lama dibahaskan. Seperti biasa, semua pihak memilih untuk menuding jari ke arah negara jiran kita iaitu Indonesia. Mana tidaknya, jerebu teruk ini semuanya berpunca dari pembakaran hutan yang tidak terkawal di kawasan Sumatera.

Kalau diikutkan, jika pembakaran secara berleluasa ini dapat dibendung, maka isu jerebu juga mungkin dapat diatasi. Tetapi sehingga kini, masalah yang sama masih berlaku. Ramai yang mendakwa kerajaan Indonesia seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

Nak tahu betapa buruknya jerebu yang berlaku di Indonesia, jom kita layan 11 gambar di bawah:

1. Penduduk Indonesia di Palembang, Sumatera Selatan menutup mulut dan hidung untuk mengelak daripada menyedut udara tidak sihat ketika menghadiri solat sunat Aidiladha pada 24 September 2015

Image via CNN

2. Walaupun jerebu teruk, penduduk Muslim di Palembang tetap tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah di masjid

3. Krew helikopter dikerah untuk melakukan pengeboman air oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana di Palembang pada 30 September 2015

4. Anggota bomba terpaksa bekerja dalam asap yang sangat tebal bagi memadamkan api di kawasan perhutanan di Riau, Sumatera

Gambar diambil pada 2014.

Image via www.sbs.com.au

5. Tentera dan anggota bomba Indonesia diselubungi awan debu selepas helikopter yang mengambil bahagian dalam operasi memadam kebakaran di Banjarbaru di wilayah Kalimantan Selatan berlepas

6. Mungkin beginilah situasi yang perlu anggota bomba di Sumatera tempuhi setiap hari semata-mata bagi memastikan kebakaran dan asap tidak lagi merebak

Gambar diambil pada 2013.

Image via www.theguardian.com

7. Penunggang motosikal meredah asap tebal di sepanjang jalan berdekatan Pelabuhan Bagan Siapi-Api di Sumatera

8. Pelajar sekolah diarah untuk pulang ke rumah lebih awal disebabkan keadaan jerebu yang semakin meruncing pada 29 September 2015 di daerah Jambi di Sumatera

9. Penduduk tempatan di Palembang, Sumatera tidak dapat menikmati pemandangan ketika menaiki bot melintasi Sungai Musi pada 29 September 2015

10. Gambar ini juga diambil di Sungai Musi, menunjukkan betapa buruknya kes jerebu yang Indonesia sedang hadapi sekarang ini

Image via www.smh.com.au

11. Asap tebal turut menyelubungi bahagian utara Sumatera di Pelabuhan Malahayati di Banda Aceh

Disebabkan jerebu ini juga, seluruh Singapura turut terjejas teruk dengan asap tebal. Sukar dipercayai dan terkejut apabila melihat gambar sebelum dan selepas di bawah ini:

1. Pengunjung Marina Bay Sands Hotel menghabiskan masa di dalam kolam renang dengan pemandangan bandaraya Singapura pada 14 September 2015 dan pada 10 Julai 2015

14 September 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

10 Julai 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

2. Kenderaan bergerak melintasi Tambak Johor pada 29 September 2015 dan pada 5 Mei 2015

29 September 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

5 Mei 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

3. Pemandangan Gardens By The Bay semasa jerebu pada 10 September 2015 dan ketika cuaca cerah pada 16 Julai 2015

10 September 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

16 Julai 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

4. Pengunjung berdiri di dalam kapsul Singapore Flyer pada 10 September 2015 dan pada 16 Julai 2015

10 September 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

16 Julai 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

5. Perlumbaan malam F1 Grand Prix di Singapura pada 14 September 2015 dan pada 17 September 2013

14 September 2015.

Image via www.ibtimes.co.uk

17 September 2013.

Image via www.ibtimes.co.uk

Amacam?

Image via buzzfed.com

Sementara itu, pihak kerajaan Indonesia berharap masalah jerebu ini akan selesai tidak lama lagi, paling cepat pada bulan depan apabila negara itu mula mengalami musim hujan

Anggota bomba memancutkan air bagi memadamkan api di kawasan perhutanan di Ogan Ilir, Sumatera pada 5 September 2015.

Image via CNN

Jerebu akibat kebakaran ladang dan hutan di Indonesia dijangka berakhir dalam tempoh sebulan lagi apabila negara itu mula mengalami musim hujan.

Ketua Agensi Pengurusan Bencara Negara (BPNP) Willem Rampangile dipetik media Indonesia berkata, dengan peralihan cuaca itu, ia sekali gus memadamkan api dalam tanah gambut dan menghilangkan jerebu yang turut melanda Malaysia dan Singapura sejak dua bulan lalu.

"Cabaran terbesar menangani kebakaran hutan dan tanah pertanian kali ini ialah kebakaran tanah gambut dan cuaca kering. Jika air terhad, ia menimbulkan asap di tanah gambut yang terbakar. Saya harap dalam sebulan lagi ia akan selesai, (pada) akhir Oktober atau awal November," katanya.

hmetro.com.my

Jangan ambil mudah dengan fenomena ini. Di sini kami senaraikan perkara yang TAK patut kamu lakukan jika berhadapan dengan jerebu. BACA SINI:

You may be interested in: