seismik

Niat Untuk Membantu, Lelaki Ini Jual Kereta Dengan Harga 10 Sen

"Inilah semangat muhibbah dan anak Malaysia" - Kuan Chee Heng

Cover image via Kuan Chee Heng

Niat untuk membantu, seorang pemuda bernama J Senthil Kumar, 34 telah menjual sebuah kereta Iswara miliknya kepada seorang ibu tunggal dengan harga 10 sen

Perkara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Kuan Chee Heng dan menjadi viral setelah mendapat ribuan shares.

Wajah kereta sebelum dicat semula.

Image via Kuan Chee Heng/Facebook

Walaupun berlainan bangsa dan agama, bagi saudara Senthil, dia tidak kisah dan sanggup membantu ibu tunggal tersebut yang berbangsa Melayu. Sememangnya inilah semangat muhibbah yang kita perlukan dalam masyarakat Malaysia.

Ini sekaligus menjadikan Senthil sebagai individu pertama di negara ini yang menjual kereta dengan harga paling murah dan tidak masuk akal

Dalam laporan Sinar Online semalam, Senthil memberitahu segalanya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk menjual kereta yang digunakannya sejak 14 tahun lalu kerana telah membeli kereta baru pada 2015.

Katanya, dia kemudian ke pusat jualan kereta terpakai dan bertanyakan harga diperoleh jika bersetuju ‘menolak’ kenderaan tersebut.

Wajah kereta setelah dicat semula.

Image via Sinar Online

“Saya tak jadi jual bila pengusaha kenderaan terpakai begitahu kereta tu boleh dijual dengan harga RM2,000 saja. Sebenarnya saya tak sampai hati nak jual kereta ini kerana dah banyak berjasa sejak saya menuntut di kolej lagi.

“Jadi saya fikir baik bagi kereta tu secara percuma kepada sesiapa yang memerlukannya,” katanya.

sinarharian.com.my

Senthil yang juga seorang penganalisis saham berkata, dia tergerak hati memberikan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal di Taman Pingggiran Subang tersebut selepas mengetahui latar belakang keluarga wanita itu daripada aktivis sosial, Kuan Chee Heng (Mr Kuan)

Pada mulanya dia memang tidak mengenali siapakah penerima kereta tersebut tetapi dia tidak pernah kisah siapakah penerima itu asalkan betul-betul memerlukan kemudahan tersebut.

Selepas dipertemukan barulah Senthil tahu bahawa penerima itu tinggal bersama lima anaknya di sebuah pangsapuri kos rendah selepas kematian suami kira-kira enam tahun lalu.

“Meskipun dia orang Melayu tapi saya tak kisah bantu sebab mereka memerlukan. Saya hanya tahu seorang ibu tunggal terima kereta tu bila lihat di akaun laman sosial Mr Kuan.

"Sebelum serah kereta, saya hantar ia untuk diservis dan tukar bateri baru kerana tak mahu susahkan penerima.

“Bagi saya kalau niat nak tolong tak perlu tengok bangsa dan agama orang lain…pertolongan diberi dari seorang manusia kepada manusia lain,” katanya dia pada mulanya mahu menyumbang kereta secara percuma namun setuju menjual kereta tersebut dengan harga 10 sen hanya sebagai harga simbolik sumbangan.

Dia masih menyimpan syiling 10 sen diterima sebagai kenangan dalam hidup dan gembira keluarganya menyokong tindakannya.

sinarharian.com.my

Bila bercakap mengenai soal perkauman, Senthil berpendapat terdapat orang yang berkepentingan sengaja timbulkan isu perkauman sedangkan rakyat biasa masih bergaul sesama mereka

Bagi Sentil, cara pemikiran rakyat Malaysia mesti diubah. Kita seharusnya melihat orang lain sebagai manusia bukan mewakili kaum dan sebagainya.

Image via Sinar Online

“Tiada halangan untuk kita bersatu, masalahnya ada pihak yang suka label dan buat perbandingan kaum contohnya jika berlaku sesuatu perbuatan negatif oleh seseorang individu ramai yang menyalahkan kaum atau agama dianutinya sedangkan ia tak boleh begitu,” katanya.

sinarharian.com.my

Manakala, buat penerima kereta, Rohaya Md Isa, 46, dia berasa sebak dan terharu apabila mendapat tahu ada individu yang sudi menyumbangkan sebuah kereta buat keluarganya

Katanya walupun kenderaan itu kenderaan terpakai, ia selesa digunakannya sekeluarga untuk menghantar anak-anak ke sekolah selain ke hospital untuk mendapat rawatan susulan atas penyakit kanser dihidapinya.

Image via Sinar Online

“Sebelum ni nak ke mana-mana kami naik motosikal, berhujan dan berpanas… sekarang ada kereta mudahlah sikit.

“Saya tak pernah kenal siapa penyumbang kereta, ni baru tahu dia berlainan bangsa…baik sungguh hati dia bantu keluarga kami...terima kasih sangat,” katanya.

sinarharian.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal kereta, nah! Kami nak kongsikan sesuatu untuk anda:

You may be interested in: