Jururawat Tutup Mulut Bayi 5 Hari Dengan Pita Pelekat Kerana Terlalu Bising
Memang lumrah seorang bayi yang baru lahir untuk menangis. Perbuatan seorang jururawat ini sangat tidak berhati perut.
Seorang Jururawat Di Sebuah Hospital Di Filipina Bertindak Kejam Dengan Menampal Mulut Bayi Berusia 5 Hari Dengan Pita Pelekat Kerana Mendakwa Terlalu Bising
Sebuah hospital di Filipina menjalankan siasatan selepas gambar seorang bayi yang baru beberapa hari dilahirkan dengan mulutnya ditutup pita pelekat tersebar secara meluas di Internet.
therakyatpost.comBapa bayi malang itu, Ruan Noval mendakwa jururawat di hospital terbabit memberitahunya mulut anak lelakinya dilekatkan dengan pita pelekat kerana dia tidak henti-henti menangis.
therakyatpost.comBapa Bayi, Ryan Noval Bertindak Menyebarkan Berita Anaknya Ini Di Laman Sosial
Dia yang kecewa dengan layanan jururawat hospital berkenaan bertindak mengambil gambar anaknya untuk disiarkan di laman sosial Facebook.
josrevalution.net"Inilah anak saya, Yohannes Noval. Dia tidak mampu bersuara mengenai pengalaman ngerinya, justeru kita harus bersuara untuk dia," kata Ryan.
josrevalution.netGambar Itu Ternyata Mencetuskan Kemarahan Di Kalangan Netizen Di Seluruh FIlipina
“Saya harap jururawat bodoh itu masuk penjara,” tulis seorang pengguna Twitter, Mellany Monroy.
ohdunia.my“Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan terhadap kejadian itu agar ia tidak akan berulang. Memang teruk! Jururawat itu patut disaman,” tulis pengguna Nicole Vessell di Facebook.
therakyatpost.comPihak Hospital Walau Bagaimanapun Masih Menyiasat Aduan Yang Dibuat Ryan Noval Dan Isterinya Itu
Hospital bersalin di tengah Cebu itu memberitahu media, pihaknya masih menyiasat aduan yang dibuat Ryan Noval dan Jasmine Bodocdoc yang mendapati mulut anak lelaki mereka berusia lima hari itu dilekapkan dengan pita pelekat di wad khas bayi hospital terbabit.
therakyatpost.com